Cara Lakukan Wainscoting Dan Accent Wall

14,835 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Pada masa kini, kebanyakan deko pada bahagian dalaman rumah sering kali dihasilkan sendiri sahaja oleh pemilik rumahh.

Perkara tersebut juga dilakukan oleh pemilik rumah ini yang bernama Haniff Omar. Beliau dan isteri menghasilkan dekorasi yang cukup cantik.

Walaupun hanya melakukan dekorasi pada rumah sendiri, ia juga memerlukan skill dan kreativiti supaya dapat dihasilkan dengan cantik dan menarik.

Jadi, jom sama-sama kita lihat proses penghasilan yang dilakukan oleh pasangan ini.

Cara Lakukan Wainscoting Dan Accent Wall

Tunggu mood okey baru buat, perlahan-lahan dan jangan kelam kabut.

Tak ada mesin dan tak ada pakai laser, semua lukis dekat dinding sahaja dan pakai water level.

Projek 1: Grand Mirror

Gambar sebelum diubahsuai. Sebelah itu pintu besar.

Cara Lakukan Wainscoting Dan Accent Wall

Langkah pertama, mula-mula lukis dekat bahagian dinding itu terlebih dahulu. Kemudian, ukur semua kayu dan potong. Selepas itu, pasang mengikut lakaran tersebut.

Cara Lakukan Wainscoting Dan Accent Wall

Selepas siap pasang bingkai kayu, lekatkan bingkai wainscoting pula. Boleh ikut sahaja tempat yang dilukis sebelum ini pada dinding. Kemudian, potong sendiri wainscoting pakai gergaji, ianya lebih jimat namun agak penat sedikit.

Cara Lakukan Wainscoting Dan Accent Wall

Selepas selesai pasang wainscoting, tutup bahagian yang berkenaan kalau ada gap yang kelihatan. Kemudian, gosok dan catkan dengan coating warna putih.

Akhir sekali, pilih warna yang ingin digunakan untuk dicat pada wainscoting tersebut.

Cara Lakukan Wainscoting Dan Accent Wall

Setelah Selesai mengecat, tunggu ianya betul-betul kering. Selepas itu, lekatkan cermin.

Cermin boleh ditempah di kedai cermin mengikut saiz yang kita mahu. Harga juga berbeza mengikut saiz dan cara potongan. Untuk penggunaan gam pula, boleh pakai apa-apa gam kayu, boleh tanya dekat kedai hardware.

Cara Lakukan Wainscoting Dan Accent Wall

Wainscoting cermin setelah siap dipasang. Cermin yang digunakan dipotong seperti diamond. Harga mengikut saiz cermin, tebal dan cara potong.

Cara Lakukan Wainscoting Dan Accent Wall
Cara Lakukan Wainscoting Dan Accent Wall
Cara Lakukan Wainscoting Dan Accent Wall

Projek 2: Dinding Shiplap

Sebelum pasang, ukur terlebih dahulu dan kira berapa keping yang mahu dipakai. Kemudian, boleh pergi ke kedai dan suruh tukang potong kayu MDF mengikut ukuran yang kita mahu.

Untuk penggunaan gam pula, boleh pakai apa-apa gam kayu yang ada jual di kedai hardware. Kalau mahukan kepastian, boleh tanya tauke kedai, kualiti mana yang lebih bagus.

Cara Lakukan Wainscoting Dan Accent Wall
Cara Lakukan Wainscoting Dan Accent Wall

Seperti langkah tadi, alas cat putih dan tunggu ianya kering, kemudian baru lakukan finishing.

Cara Lakukan Wainscoting Dan Accent Wall
Cara Lakukan Wainscoting Dan Accent Wall

Dinding shiplap yang telah siap dipasang.

Cara Lakukan Wainscoting Dan Accent Wall
Cara Lakukan Wainscoting Dan Accent Wall

Bahagian ruang tamu setelah diubahsuai.

Cara Lakukan Wainscoting Dan Accent Wall
Cara Lakukan Wainscoting Dan Accent Wall
Cara Lakukan Wainscoting Dan Accent Wall

Sangat cantik hasil akhir wainscoting dan accent wall yang dihasilkan sendiri oleh pasangan ini. Semoga dapat dijadikan inspirasi buat semua pembaca di luar sana.

Selamat mencuba.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down