Langkah Yang Perlu Dilakukan Untuk Mengatasi Masalah Tandas Bocor

1,093 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Tandas bocor sering kali menjadi masalah kepada kita terutama penghuni flat atau pangsapuri. Kebiasaannya, tandas bocor berpunca daripada tekanan air yang terlampau tinggi dan masalah punat getah paip telah longgar. Namun begitu, jangan risau masalah tandas bocor amat senang untuk diselesaikan.

Artikel ini diolah daripada idea asal Lee Wai Wan yang berkongsi cara-cara mengatasi masalah tandas bocor. Jom kita ikuti.

Apakah cara yang boleh dilakukan sekiranya ada masalah tandas bocor?

Penyelesaian untuk bilik air atau tandas bocor boleh guna pelbagai cara seperti di bawah bergantung kepada kos serta ketahanan sesuatu penggunaan cara. Apa yang dibincangkan adalah masalah berkenaan dengan retak di bahagian dinding, konkrit ataupun tempat sambungan di antara dinding dan konkrit.

  1. Pecah balik jubin dinding serta lantai

    Ini adalah cara konvensional pecah semua jubin dinding serta lantai, buat waterproofing dan pasang balik jubin yang baru. Cara ini adalah paling selamat untuk digunakan namun melibatkan kos yang tinggi serta masa lebih lama dan menyebabkan tempat anda menjadi kotor dan berhabuk.

    S
    ekiranya tukang yang dicari tidak mahir dalam hal ini, ada kemungkinan tidak mampu menyelesaikan masalah anda bila kerja membersihkan kawasan tidak dilakukan dengan baik. Kebiasaannya ketinggian waterproof optimum di dinding adalah 5 kaki untuk tempat mandi dan bahagian kering 3 kaki.

    Penggunaan waterproofing terbahagi kepada beberapa jenis:
    a) bitumen
    b) cat kalis air
    c) cementitious waterproofing

    d) dan lain-lain

    Penggunaan jenis waterproofing yang berlainan akan mempengaruhi kos, ketahanan serta keberkesanan. Faktor yang perlu dilihat adalah keanjalan (elasticity) serta pemanjangan (elongation).

  2. Epoxy flakes

    Penggunaan cara epoxy flakes melibatkan kerja mengecat serta menaburkan epoxy pada bahagian lantai dengan ketinggian beberapa inci di bahagian dinding. Maka ada kemungkinan air masih masuk melalui bahagian dinding. Kos lebih murah berbanding dengan pecah semua jubin. Namun perlukan sekurang-kurangnya 2-3 hari tidak boleh guna tandas atau bilik air kerana perlu tunggu ia kering.

    Bau epoxy agak kuat pada permulaan tetapi bau itu akan berkurangan selepas kering. Tujuan cara ini digunakan untuk menutup semua bahagian di atas lantai agar air tidak dapat menembusi epoxy. Selain itu juga, permukaan tandas akan menjadi lebih kasar dari sebelumnya.

  3. PU Injection

    PU injection digunakan untuk menyekat air dari menembusi serta menitik di bahagian bawah konkrit. PU injection perlu dilakukan oleh kontraktor yang mahir kerana ia melibatkan pengawalan tekanan (pressure) agar hanya kuantiti yang mencukupi dipam pada bahagian bawah rekahan.

    Sekiranya terlalu tinggi tekanan, ia boleh menyebabkan permukaan atas mengelembung dan terlalu sedikit tidak mampu untuk menutup rekahan. Cara ini hanya bertumpu di bahagian bermasalah. Air masih bertakung di atas bahagian konkrit. Sekiranya berlaku rekahan di bahagian lain, maka air masih menitik ke bawah di tempat yang baru.

  4. Non-hacking solution (Breathable Nano Coating)

    Penggunaan cara ini adalah dengan menutup bahagian grout dengan breathable nano coating yang tidak
    berwarna, tidak berbau serta boleh bernafas. Kebiasaannya kami akan buat bahagian dinding sehingga 5 kaki untuk bahagian mandi dan 3 kaki untuk bahagian kering.
    Mengapa penggunaan jenis breathable diperlukan?
    Ini adalah kerana di bawah jubin masih ada air yang bertakung di atas konkrit, sekiranya menggunakan sistem kalis air yang non-breathable maka akan berlaku tendangan bahan yang menyebabkan bahan kalis air akan mengelembung.
    Maka dengan penggunaan sistem breathable, apabila air takungan mula kering serta bertukar menjadi wap air, ia masih boleh keluar dari lapisan kalis air kerana molekul wap air adalah lebih kecil dari molekul air yang tidak dapat menembusi ke bawah.
    Penggunaan cara ini adalah paling murah serta cepat menyelesaikan masalah bocor. Tandas atau bilik air
    boleh digunakan keesokkan selepas habis kerja pembaikan dilakukan. Kerja pembaikan yang dilakukan adalah dengan mengenalpasti masalah tempat bocor serta menutup lubang tersebut sebelum menutup semua bahagian grout dengan menggunakan breathable nano coating.

Sumber foto : Unsplash

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down