Tandas bocor sering kali menjadi masalah kepada kita terutama penghuni flat atau pangsapuri. Kebiasaannya, tandas bocor berpunca daripada tekanan air yang terlampau tinggi dan masalah punat getah paip telah longgar. Namun begitu, jangan risau masalah tandas bocor amat senang untuk diselesaikan.
Artikel ini diolah daripada idea asal Lee Wai Wan yang berkongsi cara-cara mengatasi masalah tandas bocor. Jom kita ikuti.
Penyelesaian untuk bilik air atau tandas bocor boleh guna pelbagai cara seperti di bawah bergantung kepada kos serta ketahanan sesuatu penggunaan cara. Apa yang dibincangkan adalah masalah berkenaan dengan retak di bahagian dinding, konkrit ataupun tempat sambungan di antara dinding dan konkrit.
d) dan lain-lain
Penggunaan jenis waterproofing yang berlainan akan mempengaruhi kos, ketahanan serta keberkesanan. Faktor yang perlu dilihat adalah keanjalan (elasticity) serta pemanjangan (elongation).
Penggunaan cara epoxy flakes melibatkan kerja mengecat serta menaburkan epoxy pada bahagian lantai dengan ketinggian beberapa inci di bahagian dinding. Maka ada kemungkinan air masih masuk melalui bahagian dinding. Kos lebih murah berbanding dengan pecah semua jubin. Namun perlukan sekurang-kurangnya 2-3 hari tidak boleh guna tandas atau bilik air kerana perlu tunggu ia kering.
Bau epoxy agak kuat pada permulaan tetapi bau itu akan berkurangan selepas kering. Tujuan cara ini digunakan untuk menutup semua bahagian di atas lantai agar air tidak dapat menembusi epoxy. Selain itu juga, permukaan tandas akan menjadi lebih kasar dari sebelumnya.
PU injection digunakan untuk menyekat air dari menembusi serta menitik di bahagian bawah konkrit. PU injection perlu dilakukan oleh kontraktor yang mahir kerana ia melibatkan pengawalan tekanan (pressure) agar hanya kuantiti yang mencukupi dipam pada bahagian bawah rekahan.
Sekiranya terlalu tinggi tekanan, ia boleh menyebabkan permukaan atas mengelembung dan terlalu sedikit tidak mampu untuk menutup rekahan. Cara ini hanya bertumpu di bahagian bermasalah. Air masih bertakung di atas bahagian konkrit. Sekiranya berlaku rekahan di bahagian lain, maka air masih menitik ke bawah di tempat yang baru.
Sumber foto : Unsplash