Bestnyer kalau ada lanskap yang cantik pada bahagian belakang rumah ni. Dengan adanya lanskap yang cantik sudah semestinya rumah akan nampak lebih cantik dan bahagia. Tambahan pula, kalau dilakukan sebuah deko lanskap ala kampung gituu pastinya nampak lebih menarik.
Yang melakukan sebuah lanskap ala kampung ini boleh dilihat melalui sebuah perkongsian daripada Suria Zan ini. Dari sebuah bahagian belakang rumah yang penuh dengan semak samun kini menjadi sebuah lanskap ala kampung yang cantik.
Menurut beliau, untuk melakukan lanskap sebegini sememangnya memerlukan kesabaran yang tinggi untuk dapatkan lanskap yang diingini. Jom kita lihat hasil lanskap ala kampung yang dikongsikan oleh Suria Zan ini.
Sebelom ni pernah post deko dalam rumah musim endemik sepakat suami isteri cari kerja lain nak dideko. Kali ni kita buat lanskap kampong2 kat belakang yang semak samun. Ini hasilnya setelah sblan lebih
Dari Kawasan Semak Samun Menjadi Sebuah Lanskap Yang Cantik
Semak samun yang tumbuh panjang pada bahagian belakang rumah. sebulan sekali cangkul rumput ni.
Proses menanam philipines grass. Rumput ni pendek dan tebal ala-ala rumput karpet gitu.
Hasil selepas sebulan lebih rumput ni.
Bahagian tepi ni letak tanaman pasu bunga dan juga tanaman sayur-sayuran untuk mecantikkan lagi lanskap ini.
Sayur segar yang disemai dari biji benih asli.
Yang ni pula simpan untuk projek seterusnya.
Next nak penuhkan tembok tanam rose jepon sepanjang tembok.
Nak lalu kat sini pun dah bahagia dah kiri kanan ada pokok atau bunga yang cantik.
Kredit : Suria Zan