Make Over Tangga Berkonsepkan Monochrome Style

Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Konsep monochrome style yang menggunakan hanya satu warna asas yang disuaigaya dengan rona yang sesuai mampu memberikan vibe elegan dan moden. Tidak hairanlah konsep ini semakin mendapat tempat di hati pencinta hiasan dalaman.

Perkongsian Giler Deco  kali ini adalah daripada warganet Instagram @ainasyafiqka. Perkongsiannya adalah mengenai transformasi tangga rumah bertemakan konsep monochrome style. 

Jom kita ikuti perkongsian yang sangat menarik ini.

Bahan-bahan Yang Digunakan :

 

  • Cat hitam - satu tin (untuk dua layer)
  • Cat putih - dua tin (untuk finishing yang smooth dan cantik)
  • Undercoat - satu tin (untuk dua layer)

 

Saya undercoat dulu semua 2 layer pastu baru cat colour..saya start dengan warna putih dan hitam..so disebabkan dia kena mix dgn hardener utk tak nak bazirkan amount of paint sy bahagi-bahagikan jumlah cat tu untuk mix dgn hardener..saya tak bancuh terus 1 tin sebab oncw dh mix dengan hardener kena terus guna sebab dia akan keras lepas tu..so nak jimat dan taknak bazirkan duit & cat saya bahagi-bahagikan ratio.

 

Bahan-bahan yang digunakan untuk projek make over ini juga mesra poket dan senang untuk didapati. Selain tidak memerlukan kos yang tinggi, jangka masa yang diperlukan untuk menyiapkan projek juga tidak lama. Ianya hanya mengambil masa dua minggu untuk disiapkan.

 

 

Untuk siapkan tangga ni ambil masa 2weeks. Dah 11 bulan lepas saya cat tangga,alhamdulillah masih cantik lagi macam colour pon tak pudar.

 

Foto Sebelum

Foto menunjukkan keadaan tangga sebelum didekorasi

Foto menunjukkan keadaan tangga sebelum didekorasi

Foto Selepas

Pandangan sisi tangga yang telah siap didekorasi

Pandangan hadapan tangga yang telah siap didekorasi

Memang puas hati kan tengok hasil tangan macam ni. Jadi apa tunggu lagi, anda juga boleh mencuba konsep ini. Selain tidak menggunakan banyak warna, konsep ini juga menjadikan ruang rumah anda lebih fresh dan elegan.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down