Makeover Bilik Air Hanya Guna Cat Nippon Tile

9,287 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Bilik air adalah kawasan yang sering digunakan oleh pemilik rumah. Jadi, apa kata jika ianya diubahsuai kepada satu konsep yang lebih menarik supaya lebih selesa untuk digunakan.

Itulah yang lakukan oleh wanita ini yang bernama  Suriati Zamri. Beliau telah berkongsi hasil makeover bilik air rumahnya hanya guna cat Nippon tile sahaja.

Jom kita lihat keadaan sebelum dan selepas bilik air ini diubahsuai.

Makeover Bilik Air Dengan Cara DIY

Assalam.

Saya nak share makeover toilet saya guna cat Nippon tile.

Pattern tu ikut la kreativiti kita. Yang kali ini kami pilih Buffalo check pattern. Guna 4 color. Kalau rasa nak cat 1 color je pun boleh.

Untuk toilet ini, size lebih kurang 6 x 7 kaki.

Jadi cat yang digunakan:

  1. Tile Primer : 2 liter. Sebelum ni ada jual yang 1 liter tapi now sudah tak ada. 2 liter paling sakit. Kalau rasa nak cat banyak toilet, boleh beli yang 5 liter sebab lagi jimat.
  2. EA4 Finish white : 2 liter. Fungsinya dapat cover semua lantai dan dinding.

    Light grey (misty) - 1 liter (guna setengah sahaja untuk lantai sikit dan dinding shower.
  3. EA4 Finish dark grey (basalt) - 1 liter. Guna sesuku sahaja.
  4. EA4 Finish black - Tak beli baru pun guna lebihan yang lama.

Okay untuk prosesnya, sebelum nak cat tu, keringkan betul-betul toilet dan vacuum habuk-habuk yang terdapat disitu.

Inilah Keadaan tandas sebelum diubahsuai.

Makeover Bilik Air

Sebenarnya, cat ini sama sahaja konsep dengan cat-cat yang selalu kita gunakan. Ia juga ada primer dan cat colour mengikut colour apa yang kita mahu. Bezanya adalah cat ini dibekalkan dengan hardener sekali. Memang ketika beli, setnya sudah tersedia.

Pada bahagian tin cat ada cara dan ratio untuk dibancuh. Kalau rasa tak confident dapat mengecat dengan cepat, seeloknya bancuh sikit-sikit sebab cat ini kerana ia jenis cepat mengeras disebabkan ada hardener. Apabila sudah mula mengeras, cat itu akan jadi berketul-ketul. Sudah pasti apabila kita apply dekat tiles, ai akan jadi kurang cantik.

Cat yang digunakan. Boleh dapatkannya di Shopee.

Makeover Bilik Air

Keadaan bilik air selepas diubahsuai. Walaupun sudah hampir dua tahun, tetapi, masih okey walaupun memang basuh dan berus toilet tiap-tiap minggu guna pencuci toilet macam biasa.

Makeover Bilik Air

Gambar tandas selepas diubahsuai. Sangat cantik hasilnya.

Makeover Bilik Air

Senarai barangan hampir sama yang digunakan. Boleh dapatkan secara online di Shopee : 

  1. Cermin tandas : https://shope.ee/4peF5qomcy
  2. Bidet : https://shope.ee/fog8XZpRq
  3. Sink : https://shope.ee/1L4Mvnag09
  4. Pokok Palsu : https://shope.ee/7A29saUeu2
  5. Lampu tandas : https://shope.ee/5fDM5ri5NB
Makeover Bilik Air
Makeover Bilik Air
Makeover Bilik Air
Makeover Bilik Air

Itu sahaja perkongsian ubahsuai bilik air pada kali ini. Semoga bermanfaat untuk semua pembaca diluar sana.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down