Bilik air adalah satu ruang dan tempat yang sangat penting dalam kehidupan seharian kita. Tanpa bilik air, susah untuk anda lakukan kerja harian seperti mandi, membuang air dan sebagainya. Untuk memastikan anda dapat menggunakan bilik air dalam keadaan selesa dan ceria, tidak salahnya jika anda cuba ubahsuai bilik air anda agar kelihatan cantik dan mewah. Perkongsian kali ini adalah dari seorang wanita yang bernama KamaLia Karmila. Perkongsiannya pula adalah mengenai makeover bilik air kampung kepada konsep minimalis.
Mempunyai bilik air kampung juga sebenarnya bukanlah menjadi masalah besar untuk anda untuk melakukan pembaharuan. Bilik air kampung juga berhak diberi nafas baru. Dengan itu, anda akan dapat menggunakannya dengan lebih selesa.
Jadi, jom sama-sama kita ikuti perkongsian menarik yang ingin dikongsikan oleh wanita ini.
Kebanyakkan rumah kampung bilik air dan bilik tandas berasingan. Asalnya hanya biasa-biasa. Alhamdulillah sempat juga makeover sebelum Aidilfitri.Kepada yang bertanya. Saya jawab awal-awal. Dinding guna material wall tiles full height hingga siling.
Ini adalah keadaan ruang tandas sebelum diubahsuai dengan konsep mewah.
Ini pula adalah ruang bilik air sebelum diubahsuai dengan konsep baru.
Keadaan tandas selepas diubahsuai dengan gaya baru.
Keadaan ruang bilik air selepas diubahsuai. Jelas nampak kelainan dan lebih menarik.