Nak sambut hari raya tak semestinya perlu deko dan ubahsuai ruang tamu dan halaman rumah je tau! Bahagian bilik tidur anak pun kita perlu deko supaya nampak lebih cantik dan kemas.
Perkara tersebut telah dilakukan oleh wanita ini yang bernama Syazwani Jamil. Beliau dan suaminya telah berjaya mengubahsuai bilik tersebut khas buat anak lelakinya.
Jadi, tanpa berlengah lagi, jom kita lihat proses dan hasil ubahsuai yang dilakukan di bawah ini.
Alhamdulillah, Amsyar sudah 5 tahun umurnya. Dah boleh sangat asingkan tempat tidur dengan ayah dan ibu.
Jadi, raya hari itu ayah ibu pun semangat makeover bilik untuk dia. Saja post sini sebagai kenangan sendiri dan untuk rujukan kawan-kawan lain sebagai inspirasi.
Terimalah makeover bilik anak bujang versi bajet.
Anggaran kos: RM1000
1) Cat bilik warna sky blue RM100.
2) Cat pintu: Cat minyak code leather RM30.
3) Vinyl Floor RM140.
4) Almari 2 pintu dan 3 laci: RM230.
5) Cushion board sebagai kepala katil: RM240.
6) Langsir: RM30.
7) Toys rack: RM135.
8 ) Laundry basket: RM30.
Sebenarnyan terlupa nak ambil gambar sebelum ubahsuai ini dilakukan. Namun, sebelum diubahsuai, bilik ini ada katil, almari dan meja solek antik milik atok dan nenek.
Selepas keluarkan semua perabot, beliau mula cat bilik warna sky blue brand Kansai. 5L dalam RM100 lebih beli dekat kedai hardware.
Disebabkan mahu menjimatkan kos, jadi cat balik je pintu ini.
Selepas selesai cat dinding dan pintu, pasang vinyl floor pula. Beli dekat shopee sahaja. Beli 2 kotak untuk bilik ni.
Bahagian pintu selesai dicat guna cat minyak code leather beli dekat hardware. 1L dalam RM30 lebih.
Tombol pintu dari Mr.DIY.
Akhirnya siap mengecat, pasang lantai, masuk tilam lama dan semua mainan. Selepas ini, kalau nak main biar dan buat sepah dalam bilik ini sahaja. Sebelum ini mainan semua letak dekat ruang tamu.
Proses seterusnya pemasangan almari pula. Beliau beli perabot dari website kitchenZ sebab boleh self pickup direct dari warehouse di Klang.
Tapi, mereka ada kedai di Shopee juga. Harga sama sahaja cuma kena bayar kos penghantaran kalau beli di Shopee: https://shope.ee/3fXU2CxxZ1.
Almari sudah siap dipasang. Almari tersebut perlu diletakkan bracket juga dengan dinding untuk elakkan dari almari itu tumbang.
Memang saja pilih almari jenis yang kurus sebab tempat pun terhad. Betul-betul muat sebelah tilam tilam ini.
Mereka tidak mahu beli katil. Jadi, mereka hanya belikan superhero cushion bumper sahaja buat kepala katil. Beli dari Shopee juga: https://shope.ee/1q5pr8OLDm.
Anak mereka memang sangat menyukainya. Kualiti memang superb. Harga keras sedikit. Namun, sebab tak beli katil, kira jimat la.
Laundry basket ini dari Miniso. Dekat Miniso dari out of stock. Mujur ada jumpa di Shopee: https://shope.ee/8zZ0OTjXZT
Toys corner.
Ketika ini hanya kemas beginilah. Bila anak-anak mula memunggah tu, tengok la keadaan dia selepas ini macam mana.
Toys rack tu beli dari Shopee juga. Yang exactly sama sudah sold out. Ini ada yang agak serupa: https://shope.ee/40AKROM0pv
Cadar Spiderman ini hadiah birthday dari ibu saudaranya kepada anaknya Amsyar.
Langsir itu pun beli dari Shopee: https://shope.ee/2pyN3M6N4i.
Rupa bentuk dalam almari. Laci itu tidak berapa dalamlah, nasib baik anak-anak lelaki tak banyak sangat baju. Lock laci beli dekat Mr.DIY. Si kecil tu tak pandai buka lagi.
Alhamdulillah, akhirnya sudah siap bilik anak bujang.
Setakat ini sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Semoga perkongsian kali ini bermanfaat buat semua pembaca di luar sana.