Jika ada seseorang yang kita sayang telah pergi meninggalkan kita semua, pastinya segala barangan dan bilik mereka tidak akan terusik. Hanya rindu sahaja menjadi pengubat kehilangannya. Rose Elle yang kehilangan arwah ibunya menyedari bahawa sejak arwah ibu tiada, bilik tidur arwah tersangatlah terbiar.
Jadi, beliau mengambil inisiatif untuk melakukan makeover bilik arwah ibunya yang terbiar itu. Daripada terbiar begitu sahaja, lebih baik lakukan perubahan agar nampak lebih cantik. Jika dibiarkan begitu sahaja, kemungkinan barang-barangan didalam tersebut akan dimakan anai-anai.
Hasil dan proses makeover bilik arwah ibunya yang dilakukan oleh Rose Elle ini telah dikongsikan didalam sosmed Facebook. Tambahan lagi, beliau mengambil inpirasi daripada studio IKEA untuk melakukan perubahan terhadap bilik tersebut.
Bilik ni sudah lama terbiar sejak arwah mak meninggal. Rumah kampung je. Tapi sayang kalo tak digunakan . Banyak barang dalam ni di serang anai.
Sebagai penjaga umah pusaka ni, apa salahnya melabur skit untuk berikan sentuhan untuk bilik tidur yang selesa. Inspirasi dari studio ikea.
Sebelum Dan Proses Makeover Bilik Dilakukan
Nak lakukan makeover bilik ini bukannya senang sebab ini merupakan keadaan bilik sebelum proses makeover dilakukan. Terdapat banyak barang didalam bilik ni.
Untuk melakukan makeover ini, semua barangan harus dipindahkan atau buang yang tidak perlu agar ia kosong.
Untuk warna tema bilik ini, saya memilih warna "Dark Green" dan lantai pula saya memasang lantai vinyl sebab ia senang dipasang.
Link Lantai Vinyl :- https://shp.ee/sedtq6j
Hasil Selesainya Makeover Bilik Arwah Ibu
Tadaaaa!! Ini lah dia hasil akhir makeover bilik yang dilakukan. Mengambil inspirasi daripada studio IKEA, maka terjadilah makeover ini. Barulah bilik ni nampak fresh dan kelihatan cantik.
Kesemua barangan di dalam bilik ini beli daripada IKEA. Ini link untuk barangan IKEA.
Sumber : Rose Elle