Makeover Bilik Tidur Bentuk T Menjadi Bilik Perlbagai Fungsi

3,256 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Pernah atau tidak anda mempunyai satu bilik tidur yang berbentuk seakan bentuk T? Bilik tidur yang berbentuk sebegini merupakan bilik yang sangat unik.

Aidil Shahrom antara individu yang mempunyai bilik sebegini. Beliau telah berkongsikan dekorasi dan makeover bilik tersebut didalam laman facebook. Pada awalnya beliau tidak tahu macam mana untuk lakukan makeover bilik sebegini.

Untuk artikel kali ini, Giler Deco ingin berkongsikan dengan anda hasil makeover bilik tidur bentuk T ini yang dilakukan oleh beliau. Daripada bilik tidur yang biasa di makeover kepada bilik tidur pelbagai fungsi. Jom kita tengok perkongsian daripada beliau.

Bilik Tidur Bentuk T Di Makeover Menjadi Bilik Pelbagai Guna

Saya nak kongsi transformasi Bilik tidur kami yang dah 8 tahun. Tak pernah buat apa apa. ID dan deko lagi lah tak terer. Tapi bilik ni lah ada pelbagai fungsi.

Nak solat, nak tidur, nak rilek rilek tengok tv dan jugak tempat buat kerja sebab masa pkp banyak buat zoom meeting (online meeting) hampir tiap tiap hari.

Bilik Tidur Yang Berbentuk 'T'

Beliau pada mulanya sangat frust juga nak dapatkan inspirasi untuk makeover bilik ni sebab bentuk bilik pelik sikit macam huruf 'T'.

Selepas berbincang dengan orang rumah, terus membuat pembaharuan imej dalam bilik. Buat sendiri. Biar puas hati dan happy untuk duduk dalam bilik ini

Gambar Sebelum Makeover Bilik Dilakukan

Warna asal bilik dulu warna kuning.

Bilik Tidur Bentuk 'T'

Dulu kat sini tempat letak tv. Ada langsir warna kuning.

Bilik Tidur Bentuk 'T'

Gambar Selepas Makover Bilik Dilakukan

Hasil bilik dah siap di make over. Belah kiri sudut solat. Belah kanan sudut work table.

Bilik Tidur Bentuk 'T'

Inilah working table saya. Saya position menghadap tingkap untuk dapatkan natural light masuk agar tak gelap lah muka bila buat online meeting.

Idea nak ada meja dalam bilik ni jugak sebab kesian tengok orang umah masa ramadan pkp dulu bertadarus online duduk meja rendah. Sekarang boleh lah baca Quran dengan tenang dan selesa.

Bilik Tidur Bentuk 'T'

Meja beli kat kilang manufacturer di Sungai Buloh. Murah sahaja. Jumpa kat shoppee. Nama syarikat Nice Bug. Drawer atas tu add on drawer dr Ikea. Nama Alex add onn drawer saiz 120cm x 10cm.

Tak pernah beli jam dinding. Tapi jam ni feveret. Style lama tapi design moden. Frame gambar 50 x 70. Dalam poster tu buat sendiri.

Ruangan ini pula tidak sangka boleh dijadikan mini living room. Memang best chilling area ni waktu malam.  Cermin besar atas tv diletakkan sebab nak nampak reflection cantik kat wall katil di belakang.

Pilihan kerusi warna merah sebab kontra dengan warna hijau. Memang ada efek outstanding bagi saya.

Bilik Tidur Bentuk 'T'
Bilik Tidur Bentuk 'T'

Ramai yang tanya apa kod cat warna hijau tersebut. Inilah kod cat yang saya gunakan untuk mengecat keseluruhan bilik ini. Selamat mencuba semua.

Sumber : Aidil Shahrom

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down