Projek Makeover Bilik Tidur Rumah Kampung Guna Barang Shopee Dan IKEA

2,473 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Bilik tidur yang cantik sudah semestinya datang dari pemilik yang sering menitikberatkan penjagaan dan kekemasan bilik tidur tersebut. Walaupun memiliki bilik tidur yang lama sekalipun, jika konsep deko yang diterapkan bersesuaian, sudah tentu bilik tidur akan kelihatan lebih menarik.

Perkara tersebut telah dilakukan oleh wanita ini yang bernama Nur Shafira. Beliau telah berjaya menghasilkan projek makeover bilik tidur rumah di kampung hanya guna barang Shopee dan IKEA sahaja.

Jadi, jom sama-sama kita ikuti perkongsian yang menarik ini.

Projek Makeover Bilik Tidur Rumah Kampung

Assalam hai.

Pertama kali post dekat sini. Sebelum ini, selalu tengok saja deko orang lain. Kali ini rasa nak kongsi hasil deko bajet dan simple dari saya.

Projek makeover bilik tidur dekat kampung, bilik kecil sahaja. Cat dan pemasangan semua buat berdua saja dengan adik lelaki. Sebab sekarang kerja dari rumah dekat kampung. Amat memerlukan ruang dan suasana kerja yang selesa. Makeover ini dihasilkan dengan kebanyakan barang-barang bilik 100% beli online dekat Shopee dan IKEA.

Nak survey dan cari barang pun limited sangat. Jadi saya gamble saja beli online semua. Alhamdulillah, sangat berpuas hati dengan hasil deco ini.

Keadaan bilik tidur kampung tersebut sebelum proses ubahsuai mula dilakukan.

Makeover Bilik Tidur

Perabot dan barang mula dikeluarkan bagi memudahkan proses ubahsuai dilakukan.

deco bilik tidur

Bahagian sudut tempat letak almari pakaian lama.

Makeover Bilik Tidur

Keadaan bilik tidur setelah selesai diubahsuai dengan sangat cantik dan menarik.

Makeover Bilik Tidur

Pada bahagian dinding itu diletakkan cermin solek yang dibeli di Shopee.

Makeover Bilik Tidur

Lebih menarik lagi apabila barangan yang digunakan ini adalah dibeli dari IKEA dan Shopee sahaja.

Makeover Bilik Tidur

Ruang bekerja dari rumah yang dihasilkan olehnya.

Makeover Bilik Tidur

Bahagian cermin apabila dibuka. Sesuai untuk menyimpan barangan makeup.

Makeover Bilik Tidur

Itu sahaja perkongsian pada kali ini. Semoga bermanfaat buat semua pembaca Giler Deco di luar sana.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down