Bilik tidur yang suram, kalau dicantikkan dengan konsep menarik, ianya akan kelihatan wow dan mewah.
Perkara tersebut telah dilakukan oleh pemilik rumah ini bagi memastikan bilik tidur itu cantik dan selesa untuk dijadikan ruang rehat.
Beliau memilih untuk mengupah pakar dekorasi rumah bagi menjayakan proses mencantikkan bilik tidur miliknya itu. Individu yang diberi tanggungjawab tersebut adalah Wani Ziwani. Beliau telah menjadikan bilik rumah itu kembali ceria dan kelihatan mewah.
Jika ingin melihat hasil ubahsuai yang dilakukan, jom teruskan bacaan di bawah ini.
Bilik yang kami baru siap makeover semalam, jom la kita berangan bersama dapat bilik begini juga.
Bahagian bilik tidur ini sebelum diubahsuai.
Beginilah rupa bilik selepas berjaya diubahsuai.
Gambar penuh mengenai ubahsuai bilik tidur ini.
Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco mengenai ubahsuai bilik pada kali ini. Semoga bermanfaat.