Dapur rumah merupakan salah satu kawasan yang sangat penting. Tanpa adanya dapur, aktiviti memasak tidak akan dapat dilakukan.
Jika dapur rumah kita agak kelihatan suram dan lusuh, tidak salahnya cuba untuk ubahsuai dapur rumah kepada satu konsep baru yang lebih menarik.
Perkara tersebut telah dilakukan oleh pemilik rumah ini yang bernama Dinah Rakhim. Beliau telah menghasilkan makeover dapur lama kepada konsep putih yang cukup menarik.
Jom sama-sama kita ikuti perkongsian ubahsuai yang sangat menarik ini.
Kitchen makeover untuk mereka yang sukakan dapur putih.
Dengan penggunaan white cabinets, white quartz countertop, Bosch appliances, Eubiq sockets, Ash timber SPC flooring dan subway tiles.
Keadaan dapur sebelum diubahsuai dengan konsep baru yang kelihatan mewah dan elegan.
Keadaan dapur selepas diubahsuai dengan konsep baru yang sangat cantik. Warna putih adalah timeless, sebab itu dapur putih adalah konsep kabinet paling popular sepanjang masa. Untuk ruang dapur yang seluas 177 kaki persegi ini, pilihan warna putih dapat memantulkan cahaya dan menjadikan ruang dapur ini kelihatan lebih besar.
Deco dapur dari sudut pandangan lain selepas diubahsuai.
Deco dapur dari sudut pandangan berbeza.
Keadaan rak setelah disusun atur.
Deco dapur yang simple tapi kelihatan sangat mewah.
Bunga hiasan sebagai penambah seri.
Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Diharap dapat memberi sumber inspirasi kepada semua pembaca. Semoga bermanfaat.