Mempunyai sebuah ruang rumah saiz besar ini merupakan satu rezeki yang boleh dirasai. Tidak semua mampu merasa saiz ruang rumah sebegini. Jika ruang sebegini dilakukan makeover ketika waktu puasa sudah tentunya memerlukan tenaga dan fizikal yang kuat untuk membuatnya.
Saidatun Nawwar sudah pun ada pengalama melakukan makeover ruang rumah yang bersaiz 43 kaki lebar ini. Dan yang paling megejutkan adalah beliau melakukannya pada bulan puasa. Wowwww!!! Memang kuat semangat beliau untuk cantikkan ruang sebegini.
Jom kita tengok bagaimanakan hasil sebelum dan juga hasil akhir makeover ruang rumah yang dilakukan oleh beliau ini.
Alhamdulillah syukur dipanjangkan umur hingga ke saat ini. Maaf terlewat sehari untuk kongsi hasil makeover hall omi walid saya berukuran 43 kaki lebar. Ada satu hari tu, saya godek² pinterest cari idea wainscoting. Kemudian saya ternampak mat salleh buat board and batten ni.
Lagipun wainscoting sudah ramai yang buat. Maka, saya tertarik untuk mencubanya. Nampak macam mudah hati berkata. Namun, setelah dikerjakan barulah sedar betapa 'mudah sgt' nak buat. Tempoh makeover: +- sebulan (dalam bulan Ramadhan).
Bayangkan buat kerja ubahsuai time puasa. Hampir berputus asa ditengah jalan. Disebabkan teruja nak tengok hasilnya, maka digagahkan jua hati dan jasad ini.
Kos Yang Digunakan Untuk Membuat Makeover Ruang Ini
Total Kos = RM2,771.70
Proses Makeover Ruang Rumah Dilakukan Sebelum & Selepas
SEBELUM
Saya 'sanding' dinding dengan sander untuk licinkan permukaan. Kemudian cat primer minyak supaya tahan lama dan tidak berkulat.
SELEPAS
Mdf board tu beli kat shopee je. Ada macam2 saiz. Cepat pula tu sampai.
SEBELUM
'Sanding' dan letak putty filler pada dinding yang tidak rata. Kemudian primer.
SELEPAS
SEBELUM
SELEPAS
SEBELUM
SELEPAS
Shelves tu buat sendiri. Beli kayu 8ft kat hardware then potong. Undercoat, cat dan siap.
SEBELUM
SELEPAS
Langsir ni tempah sebelum puasa. Ambil seminggu sebelum Ne*lo*a dtg Nilai 3.
SEBELUM
Area ni sebenarnya dulu garaj kereta. Kemudian walid tutup sambung jadi hall. Tu yang menggerutu dindingnya. Pakai sander pun tak boleh licin.
SELEPAS
SEBELUM
Pintu ni sebenarnya 1 coat je cat tahun lepas. Tu yang berbelak. Then saya gosok dengan kertas pasir dan cat 1 coat cat putih.
SELEPAS
TQ abang2 ipar tolong pasang frame gambar, cermin, dan alihkan kipas.
Kredit : Saidatun Nawwar