Keluasan rumah sebenarnya tidak begitu memainkan peranan penting dalam mendekorasi rumah. Hal ini kerana, walaupun memiliki rumah yang tidak begitu luas, ia juga mampu didekorasikan dengan konsep bersesuai untuk menjadikannya kelihatan lebih luas.
Perkara tersebut telah dibuktikan oleh seorang pereka design dalaman rumah yang bernama Emma InaRis. Beliau diberi tanggungjawab untuk menukarkan rumah berkeluasan 850 sqft kepada tona warna yang cukup romantik.
Jadi, jom kita lihat hasil ubahsuai sebelum dan selepas.
Alhamdulillah, selesai deco rumah berkeluasan rumah 850 sqft.
Keadaan ruang tamu sebelum proses ubahsuai dimulakan.
Ruang tamu setelah ubahsuai selesai dilakukan.
Ruang balkoni setelah diubahsuai.
Keadaan dinding ruang tamu sebelum diubahsuai dan digayakan dengan gaya wainscoting.
Bahagian dinding ruang tamu setelah diubahsuai. Dinding dilihat lebih menarik dan cantik dengan konsep dekorasi baru.
Ruang dapur dan ruang makan sebelum diubahsuai.
Bahagian ruang dapur dan ruang makan setelah ubahsuai selesai dilakukan dengan sangat menarik.
Setakat ini sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Diharap sedikit sebanyak dapat memberi sumber inspirasi dan idea dalam cuba untuk deco rumah kediaman masing-masing.
Selamat mencuba.