Makeover Rumah Pusaka Berusia 40 Tahun

7,995 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Rumah pusaka adalah rumah lama peninggalan ibu-bapa kita. Jika dibiarkan tidak diurus mungkin akan semakin lusuh dimakan anai-anai dan sebagainya.

Ada sesetengah orang, mereka mengambil langkah untuk tinggal di rumah pusaka bagi mengelakkan rumah itu terbiar dan kosong. Perkara tersebut dilakukan oleh lelaki ini yang bernama Hanee Fakhrurazi. Beliau memilih untuk tinggal disitu dan lakukan makeover rumah pusaka berusia 40 tahun tersebut kepada "Ruang Ilmu Keluarga".

Untuk melihat ubahsuai menarik ini, boleh teruskan bacaan dibawah ini

Makeover Rumah Pusaka Berusia 40 Tahun Kepada Ruang Ilmu Keluarga

Laman Ilmu Ar-Razi

Kami tinggal di rumah pusaka, rumah family. Rumah sudah berusia hampir 40 tahun. Makeover ruang rumah tingkat atas jadi ruang family (Library and aktiviti riadah).

Semuanya buat sendiri bersama husband dengan anak-anak. Dari mengecat, pasang lantai, pasang perabot IKEA dan susun atur. Saja post sini mana tahu dapat beri manfaat pada semua.

Sebelum mula deco, rasanya kali terakhir cat rumah ini dalam tahun 1999-2000.

Makeover Rumah Pusaka

Papan playwood banyak yang sudah kembang. Rumah kampung, macam inilah, tirih merata tempat apabila hujan and angin kuat. Jadi, pasang semula dinding playwood dan tampal bahagian berlubang.

deco rumah pusaka

Agak menakutkan nak naik rumah atas kalau sudah suram seperti ini.

Makeover Rumah Pusaka

Ini adalah semasa aktiviti mengemas mula dilakukan bagi melaksanakan projek deco "Ruang Keluarga".

Makeover Rumah Pusaka

Ketika ini baru sahaja selepas mengecat. Barang-barang masih bersepah.

Makeover Rumah Pusaka

Tingkat atas ini jadi stor simpanan barang-barang yang agak sayang dibuang.

Makeover Rumah Pusaka

Ini adalah meja kayu slab. Hadiah dari datuk kepada emaknya. Ia dibuat sendiri dari kayu pokok pukul 5. Hampir 40 tahun usia meja ini.

Makeover Rumah Pusaka

Sofa lama ini sayang jika dibuang. Beliau hantar ke kedai untuk salin kulit dan tambah span supaya jadi lebih baru.

Makeover Rumah Pusaka

Sofa ini juga beliau hantar ke kedai untuk salin baju. Katanya sayang kalau nak buang macam tu je.

Kerusi ini umurnya sudah 20 tahun lebih. Kerusi ini juga dihantar ke kedai untuk tambah span dan salin kulit.

Makeover Rumah Pusaka

Pada bahagian lantai, beliau memilih untuk pasang lantai jenis vinyl getah. Ia dipasang pada kawasan depan ini sahaja sebab lantai kayu tak sama rata. Maka, ia tidak begitu cantik dan akan jadi mudah terkoyak.

Makeover Rumah Pusaka

Gambar sebelum dan selepas pasang lantai vinyl jenis getah :

Makeover Rumah Pusaka

Ini adalah semasa proses mengecat dilakukan. Sebelum mengecat, beliau download apps jotun dan cuba tengok warna mana yang sesuai dengan ruang rumahnya.

Makeover Rumah Pusaka

Rak buku ini diorder dari IKEA. Beliau bagi anaknya sahaja yang pasang. Anaknya agak teliti dan pandai baca manual.

Makeover Rumah Pusaka
Makeover Rumah Pusaka

Inilah rupa kayu slab yang sudah di cat semula. Papan lantai tak sama dan ada yang pernah diserang anai-anai. Sebab itu beliau putuskan untuk tidak pasang keseluruhan lantai dengan vinyl getah.

Makeover Rumah Pusaka

Akibat terpengaruh dengan siri di HGTV. Beliau buat meja untuk bermain ping-pong.

Makeover Rumah Pusaka

  Mini carom dan dam aji.

Makeover Rumah Pusaka

Inilah teratak laman ilmu Ar-Razi.

Makeover Rumah Pusaka
Makeover Rumah Pusaka

Laman Ilmu Ar-Razi sempena nama arwah baba.

Makeover Rumah Pusaka

Itu sahaja perkongsian pada kali. Diharap ianya memberi inspirasi dan idea untuk semua pembaca Giler Deco diluar sana. Semoga bermanfaat.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down