Manfaat Penting Silica Gel Yang Anda Tidak Tahu

801 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Korang pernah tak apabila anda beli satu set kasut yang baru atau membeli botol ubat-ubatan, pasti akan ada satu paket kecil didalamnya yang bertulis "Silica Gel". Walaupun paket tersebut ada melabelkan "throw away" namun sebenarnya ia ada manfaat tersendiri.

Silica gel tersebut bukan diletakkan saja-saja tau. Silica gel ini mengandungi bahan seperti silicon dioxide yang bertindak sebagai bahan yang menyerap kelembapan. Selain itu, ia dapat mengelakkan sesuatu barang menjadi busuk atau rosak.

Hari ini Giler Deco ingin berkongsikan dengan anda semua akan manfaat penting silica gel yang mungkin anda tidak tahu selama ini. Jadi jangan terus buang lepas ni. Jom kita tengok.

Manfaat Penting Silica Gel

 

1. MENGHILANGKAN BAU BUSUK

Ini adalah khas untuk anda yang berkaki sukan. Silica gel bertujuan untuk menyerap kelembapan dan juga melindungi kasut sukan. Ia dapat mengurangkan bau busuk serta menghapuskan bakteria pada stokin dan kasut tersebut.

2. ALAT PENCUKUR TIDAK BERKARAT

Puncukur anda selalu berkarat apabila berada dibilik mandi kan? ini kerana keadaan bilik mandi yang lembab menjadikan ia mudah berkarat.Untuk elakkan daripada berkarat, letakkan pencukur didalam plastik kedap udara sekali dengan paket silica gel.

Manfaat Penting Silica Gel

3. MENJAGA DOKUMEN PENTING

Kelembapan juga mampu merosakkan dokumen-dokumen penting dirumah. Jadi, meletakkan beberapa paket silica gel diantara dokumen tersebut dapat membantu mengelakkan dokumen tersebut lembap dan memastikan dokumen kering. Sekaligus, memastikan dokumen dalam keadaan selamat.

4. MENGERINGKAN HANDPHONE YANG BASAH

Aduhhh...fon dah masuk air. Macam mana ni? Dahlah gambar,contact dan benda penting semua dalam handphone. Macam mana nak bagi kering ni. Jangan bimbang kerana cara ia mudah sahaja. Lap kan handphone tersebut. Masukkan silica gel dan handphone kedalam plastik kedap udara. Biarkan selama 5 hari dan lihat hasilnya.

Manfaat Penting Silica Gel

5. MENYELAMATKAN GAMBAR-GAMBAR LAMA

Kenangan gambar-gambar lama yang telah dicuci pasti kita ingin menyimpanya untuk membuat kenangan. Jika tidak dijaga elok, nanti gambar boleh melekat dan rosak. Cara untuk selamtkan gambar ini adalah dengan meletakkan gambar tersebut didalam kotak bersama dengan silica gel. Ia kekal kering dan menghalang gambar tersebut daripada rosak.

Manfaat Penting Silica Gel

6. MEMBUAT BARANG PERHIASAN TETAP BERKILAU

Jika anda menginginkan barang kemas anda tetap berkilau, letakkan silica gel kedalam kotak bersama dengan barang perhiasan tersebut. Ini dapat mengelakkan kelembapan yang membuatkan barang perhiasan anda rosak.

Manfaat Penting Silica Gel

7. MENYEGARKAN SUASANA BILIK

Jika anda merasakan suasana bilik anda tidak menyenangkan, boleh cuba silica gel untuk mengembalikan suasana bilik.

Caranya adalah dengan mengeluarkan beberapa biji silica gel daripada paket kedalam bekas kecil dan titiskan minyak essential kedalamnya. Anda boleh memilih bau kegemaran anda seperti lavender,lemon atau ros. Hasil ini akan membuat bilik anda harum dan segar

8 ứng dụng cực hữu ích từ gói hút ẩm

 

Ingin membaca artikel seterusnya?

Baca juga :- Dekorasi Rumah Teres Setingkat Ikut Konsep Asymetri

 

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down