Apa itu dinding shiplap? Shiplap wall atau dikenali sebagai dinding shiplap adalah garisan yang di ukir pada dinding kayu seperti alur bagi menjadikan dinding itu lebih menarik.
Dinding yang kosong sudah pasti akan menampakkan pandangan yang kurang menarik apabila dilihat. Jadi, bagi menampakkan dinding lebih menarik, tidak salahnya kita cuba dekorasikan sendiri dinding rumah dengan konsep yang lebih menarik.
Dengan demikian, secara tidak langsung kita mampu berjimat dari segi kewangan kerana tidak perlu mengupah orang.
Untuk Perkongsian kali ini adalah dari warganet Facebook yang bernama Haslinda Abd Halim. Beliau telah berkongsi mengenai projek DIY shiplap wall dengan hanya menggunakan mesin router sahaja.
 Projek DIY hujung minggu iaitu pemasangan shiplap wall.
Kami gunakan cara yang berbeza. Kami gunakan router untuk buat groove/alur shiplap tu atas sekeping papan lapis.
Saya ada kongsikan gambar pemasangan seperti di bawah ini.
[foogallery id="7297"]
Bagi yang bertanya alat apa yang kami gunakan itu dan dekat mana nak cari atau beli alat yang kami gunakan itu. Suami guna bit yang ini untuk buat groove/alur shiplap wall itu. Depth 4mm, maksudnya bit tu tidak tenggelam habis, separuh sahaja depth dia. Kami beli dekat shopee. Tekan link Shopee kalau anda mahu beli : https://invol.co/cl3394p
Link Shopee untuk mesin router : https://invol.co/cl3395r
Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco untuk anda kali ini. Diharap dapat memberi inspirasi kepada anda dalam mencuba untuk membuatnya nanti.