Pernahkan satu hari anda sedang melakukan rutin harian anda dan tetibe lampu terpadam dan suasana menjadi gelap gelita. Nak cari lilin tapi tidak jumpa,lampu suluh tak ingat letak kat mana, bateri handphone pula nak habis dah.
Mesti anda akan stress kan? Jadi, apa kata klau kita buat satu lampu emergency blackout dekat rumah. Anda hanya perlu tampal sahaja dekat dinding kerana ia memudahkan anda untuk tekan bila-bila masa.
Menurut daripada perkongsian oleh Wan Emilia Eliyshah ini, beliau berjaya menciptakan satu lampu emergency blackout bermodalkan RM2. Ia boleh didapati di kedai Eco RM2.10 je. Murah tapi serius terang sangat-sangat dalam gelap.
“Aduhaii, tetibe blakout pulak. Nak cari lilin tapi tidak jumpa, lampu suluh tak ingat kat mana dan handphone tak ada bateri lak”
Sebenarnya lampu kecemasan terlebih dahulu direka oleh ayah saya. Korang wajib beli lampu LED kat kedai ECO ni untuk kecemasan tambahan pula apabila tak ada elektrik.
Senang sebab tak payah dah sibuk cari dan pasang lilin, tak payah susah-susah cari atau pasang torchlight handphone lepas ni. Murah pun murah kan. Harga cuma RM2.10 je tapi tak termasuk bateri. Bateri dijual berasingan.
Untuk membuat lampu emergency ni, korang cuma perlu beli lampu LED kecik ni lepas tu beli bateri yang bersaiz 3A. Kemudian boleh terus pasang dan tampal je kat dinding. Kalau nak lebih kukuh, letak lagi double tape kat belakangnya.
Mesti ramai nak tengok sejauh mana terang lampu LED ni yang murah lagi berbaloi ni kan. Cuba korang tengok video demonstrasi di bawah ni. Mesti korang akan terkejut.
Macam mana dengan perkongsian ini? Sangat kreatif dan menarik. Diharap anda juga mampu membuat lampu emergency ini dirumah sebagai "backup" jika berlaku tiada elektrik dirumah.
Sumber : Wan Emilia Eliyshah
Ingin membaca artikel yang seterusnya?
Baca juga :- DIY Troli Serbaguna Untuk Kegunaan Ibu Di Dapur