Kalau rasa kurang selesa dengan keadaan ruang dapur yang agak padat dan sempit, jika ada bajet lebih, apa kata cuba besarkan bahagian dapur tersebut.
Perkara itu telah dilakukan oleh pemilik rumah ini yang bernama Nurul Farhana Kasim. Beliau telah melakukan extend bahagian belakang rumahnya supaya lebih selesa dan luas.
Sekiranya ingin melihat dengan lebih lanjut sebelum dan selepas ubahsuai ini dilakukan? Boleh teruskan bacaan di bawah ini.
Hai semua, saja nak kongsi kegembiraan dekat sini jugak.
Akhirnya, impian terlaksana. Lama dah mengidam ada dapur yang selesa. 2 bulan, siap sepenuhnya.
Sebelum siap, memang bertabahlah dapur di ruang tamu dan dapur di tepi jalan. Habuk tak payah nak cakap la.
Impian saya dekat depan sinki itu, buat tingkap mati. Tak mahu pasang grill cadangnya. Nak open macam itu sahaja. Tapi, atas nasihat banyak pihak, demi keselamatan, pasang juga grill.
Beginilah lakaran dapur yang ingin dihasilkan.
Proses pecahkan dinding dilakukan.
Proses-proses menaikkan bata belakang rumah dilakukan.
Proses pembinaan telah selesai, tiba masa untuk mendeko pula.
Bahagian ruang laundry setelah selesai dibina.
Pada bahagian kitchen island, plug socket dipasang.
Beginilah rupa bahagian dapur selepas berjaya diubahsuai.
Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Semoga bermanfaat buat semua pembaca di luar sana.