Pening Fikir Pemanas Air Apa Yang Selamat Dan Tidak Berbahaya? Tak Perlu Fikir Lagi Kerana “Panasonic U Series Jet Pump” Hadir Dengan Ciri Digital Dan Fungsi Keselamatan Berganda!

20,159 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

“Hmmm…. malaslah nak mandi pagi-pagi ni, air sejuk giler! Hilang mood nak mandi”.

Pagi-pagi inilah cabaran yang kita perlu hadap.

Tidak hanya orang dewasa, anak-anak juga terasa liat nak mandi air sejuk yang menusuk sampai ke tulang.

Tapi, kalau tersilap beli pemanas air murah tak berjenama risau pula. Kan ada kes-kes litar pintas dan pemanas air meletup ketika mandi. Aih, tak tenang juga ye macam ni.

Sebab tu, pilih jenama yang dah terbukti selamat dan menjadi pilihan ramai seperti Panasonic. Jenama barangan elektronik popular dari Jepun ini telah mengeluarkan model pemanas air berciri keselamatan tinggi iaitu Panasonic U series Jet Pump.

Lebih moden, lebih anggun, model ini memiliki 9 ciri keselamatan yang cukup meyakinkan.

Panasonic sememangnya jenama yang menitikberatkan kehendak pelanggan mereka tanpa sedikit pun mengorbankan rekabentuk, kualiti dan ketahanan produk keluaran mereka. Memang nampak elegan habis design pemanas air ni, sesuai untuk anda yang bercitarasa moden.

Paling menarik, water heater ini memiliki shower mode ikut selera pengguna. Pancuran air yang lembut dengan kebolehan untuk melaraskan suhu, membolehkan kita rileks dan cas semula tenaga setelah penat seharian bekerja.  Barulah rasa ‘healing’ macam kat spa.

Jom kita lihat dengan lebih lanjut ciri-ciri keselamatan yang ada pada Pemanas air Panasonic U series Jet Pump ini:

9 Ciri Keselamatan Yang Berkualiti Tinggi & Meyakinkan

Bagi memastikan penggunaan water heater mempunyai tahap keselamatan yang maksimum, Panasonic telah membangunkan teknologi dan rekabentuk yang menyediakan perlindungan dari pelbagai bahaya seperti rintangan air dan haba, serta mencegah kebakaran, terbakar dan kejutan elektrik.

1. Body yang diperbuat daripada bahan kalis air dengan pematuhan IEC60529 (IP2X).

Panasonic

2. Elak dari panas melampau dan terbakar dengan penggunaan unit pemanas kuprum yang tahan lama dan mempunyai fungsi terpadam dengan sendiri.

3. On dan off suis sekali tekan saja, terus bekalan elektrik dan aliran air terhenti dengan mudah.

4. Dengan adanya pematuhan IEC60529 (IP2X), ianya dilengkapi dengan penutup bagi melindungi pengguna dari bahaya seperti kejutan elektrik ketika mengakses dengan jari atau objek asing.

5. Built-in Earth Leakage Breaker (ELB) yang berfungsi secara automatik akan memotong bekalan kuasa semasa kebocoran semasa berlaku dan dapat memberikan keselamatan yang berganda kerana kedua-dua aliran neutral dan hidup akan terputus.

6. Dilengkapi dengan sensor aliran air secara automatik dengan fungsinya iaitu, memotong bekalan kuasa apabila aliran air terlalu rendah atau tiada, sekaligus mengelakkan kejadian air menjadi terlalu panas.

7. Pelindung pada bahagian luar dibekalkan dengan ciri dan bahan yang tidak mudah terbakar yang dibina dengan bahan UL-94- VO classification iaitu satu bahan yang memiliki fungsi memadam dengan sendiri bagi mencegah sekiranya berlaku kebakaran.

8. Fungsi Manual Reset Thermostat memotong bekalan kuasa sekiranya berlaku kegagalan komponen.

9. Mempunyai ciri Auto Thermal Cut-Out yang memotong bekalan kuasa bagi mengelakkan kelecuran/luka terbakar tahap pertama berlaku, sekiranya suhu air naik melebihi 55 darjah Celcius.

Selain itu, model Panasonic U Series Jet Pump Water Heater DH-3UDP1MZ ini juga dilindungi dengan Kristal Ag+, terutamanya pada bahagian yang selalu disentuh. Ciri ikonik jenama Panasonic ini melindungi anda daripada bakteria sewaktu mandi.

Seakan-akan Berada di Spa, Tapi Sebenarnya dalam Bilik Air Sendiri

Perubahan mendadak suhu semasa mandi boleh menyebabkan anda tak selesa.

Jadi, Panasonic menyediakan 3 mod pancuran mandian, di mana pengguna dapat 

  1. Menikmati air panas secara berperingkat (warm up)
  2. Menyejukkan badan secara perlahan-lahan ketika hampir selesai mandi (cool down), dan
  3. Penggiliran antara suhu air yang panas dan sejuk untuk memberikan meningkatkan peredaran darah

Suhu dan tempoh masa mandian juga boleh ditetapkan mengikut kesesuaian pengguna itu sendiri.

Selain itu, pemanas air ini tak bising. Siapa-siapa yang suka mandi malam tu, memang perlu sangat Panasonic U Series Jet Pump Water Heater DH-3UDP1MZ ni. Barulah pasangan anda tak terganggu tidurnya.

Lagi satu, pemanas air ni ada fungsi untuk simpan profil peribadi. Mak, ayah dan anak boleh set suhu air pilihan dan tekstur pancuran masing-masing menggunakan U-Memory.

Tekstur pancuran air Panasonic U Series Jet Pump Water Heater DH-3UDP1MZ ini bukan saja lembut dan selesa, malah ada 3 jenis kepala pancuran, iaitu normal, wide dan spot. Memang best boleh ikut mood nak pilih tekstur macam mana.

Apa macam? Menarik kan ciri dan fungsi yang terdapat pada pemanas air Panasonic U Series Jet Pump Water Heater DH-3UDP1MZ ini?

Jika mahu mengetahui dengan lebih lanjut, boleh ikuti di laman sesawang rasmi Panasonic Malaysia:

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down