Sanggup Pecahkan Dinding Demi Masukkan Akuarium Besar Dalam Rumah

48,100 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Kalau bercerita mengenai minat, memang orang sanggup buat apa sahaja asalkan cita-cita dan keinginan mereka tercapai walaupun sanggup membelanjakan wang yang agak banyak demi hobi mereka.

Memang perkara seperti ini akan membuatkan netizen berkata ianya tidak masuk akal. Tetapi, itulah realitinya. Dengan melakukan perkara seperti ini mungkin juga dapat memberikan satu kepuasan yang maksimum buat penggemar tersebut.

Apa yang membuatkan perkongsian ini menarik adalah, pemilik rumah ini yang bernama Stanley Ng Chee Yong ini begitu gigih dan nekad dengan sanggup pecahkan dinding demi masukkan akuarium besar dalam rumahnya.

Untuk melihat aksi memasukkan akuarium tersebut, boleh teruskan bacaan dibawah ini.

Sanggup Pecahkan Dinding Demi Sebuah Akuarium

Disebabkan akuarium yang ingin dibawa masuk terlalu besar, pemilik rumah terpaksa mengupah orang untuk pecahkan dinding rumah itu.

Aquarium Besar

Dengan melakukan cara penyelesaian seperti ini telah menarik minat netizen tentang apa yang seterusnya berlaku setelah dinding rumahnya itu dipecahkan.

Mana tidaknya, pemilik rumah sanggup pecahkan dinding untuk sebuah akuarium. Bagi netizen, perkara seperti ini tersangatlah unik dan menarik untuk diperlihatkan.

Aquarium Besar

Dan ini hasil setelah akuarium besar itu selesai dibawa masuk dengan selamat.

Aquarium Besar

Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Semoga perkongsian yang menarik ini dapat membuat pembaca terhibur.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down