Menjadi seorang tukang rumah memang memerlukan kecekalan dan semangat yang kental. Hal ini kerana, kerja-kerja bertukang ini banyak dugaan yang perlu dilalui.
Untuk menjadi tukang rumah bukan hanya memerlukan tenaga fizikal sahaja, ia juga memerlukan tenaga rohani dan semangat dalaman yang kuat.
Perkara mistik memang tidak dapat dipisahkan dengan kawasan dan tempat lama yang jarang kita duduki, gelap dan tidak diurus. Walaupun kita menetap dirumah itu sekalipun, namun, jarang sekali kita menjenguk kawasan siling.
Tetapi agak pelik kelihatan bahagian atas siling itu apabila beliau mula memasuki kawasan siling itu untuk melakukan kerja pertukangan. Bayangkan, diatas siling yang gelap gelita itu, boleh terdapat bantal lama dan banyak lagi benda-benda pelik seperti botol lama diatas sana seperti pernah dihuni oleh seseorang. Ia sangat menghairankan.
Perkara tersebut telah dikongsikan oleh seorang tukang rumah yang bernama Saya Adalah Wan. Beliau telah berkongsi pengalaman mistik bekerja atas siling rumah orang yang dialami olehnya.
Jadi, jom kita ikuti sambungan kisah mistik dibawah ini.
Bekerja atas siling rumah orang.
Bermacam-macam saya jumpa setakat ini bantal, botol, berus gigi, mainan budak, kerusi dan lain-lain . Lepas saya jumpa benda sebegini pastinya badan saya akan lemah selemahnya selepas pulang.
Kena ambil beberapa hari baru boleh recover semula. Orang lain nampak kita ceria tapi dalaman kita yang rasa.
Logik akal siapa yang nak letak bantal atas itu tak kan owner dan takkan orang Indonesia buat rumah itu sebab apa lokasi nak ke sana. Bukan macam lintas parit kecil, kena lalui banyak liku liku alang kayu itu dan jauh tersasar.
Apakah ianya ada unsur mistik? Ada yang boleh kongsikan?
Ada sesuatu disitu, handphone tak dapat nak tangkap.
Nak ke sini perlu tempuh macam macam halangan. Tak logik orang nak tido situ.
Isi dia dalam botol ini agak menakutkan.
Bertemankan cahaya lampu handphone je, bayangkan kalau bateri habis.
Paling rare saya rasa.
Berat mata memandang berat lagi bahu memikul.
Itu sahaja perkongsian pengalaman mistik untuk hari ini. Terima kasih kerana sudi membaca.