Penggunaan wainscoting pada masa kini sudah tidak asing lagi. Boleh dikatakan pemilik rumah cuba untuk melakukan sendiri tanpa perlu mengupah orang.
Selain itu, pemilik rumah yang baru ingin berjinak-jinak dalam dunia deko juga sudah mula melakukan projek diy sebegini untuk mencantikkan kediaman mereka. Perkongsian pada kali ini adalah dari Muhamad Faris Abdullah. Perkongsiannya pula adalah mengenai pengalaman pertama lakukan mirror wainscoting pada dinding.
Jom sama-sama kita ikuti perkongsian deco rumah cara diy yang menarik ini.
Percubaan kali pertama, alhamdulilah menjadi. Cuma nak pasang diamond mirror itu nak bagi fit elok memang agak mencabar.
Proses melakar konsep dan gaya wainscoting yang diinginkan hanya menggunakan Microsoft Words sahaja.
Bahan dan alatan yang digunakan untuk projek wainscoting ini. Gergaji kuning itu digunakan untuk membuat pemotongan serong 90 darjah. Sangat disyorkan untuk melakukan projek wainscoting.
Untuk kos semua sekali termasuk kayu wainscoting, cermin, gam tape dan gergaji sekitar RM600 sahaja.
Cermin yang digunakan telah siap dipotong segitiga.
Cermin ini dijual secara keping.
Semasa pemasangan cermin ini, tidak perlu lapik apa-apa. Boleh sahaja terus tampal pada dinding dengan menggunakan gam dan magic tape sahaja.
Cermin telah siap dicantum dan bersedia untuk dipasang pada dinding.
Cermin telah siap dipasang dan dilekatkan terlebih dahulu dengan menggunakan tape.
Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Diharap sedikit sebanyak dapat membantu pembaca di luar sana dalam mencari idea dan sumber inspirasi untuk melakukan projek DIY.
Semoga bermanfaat.