Perbezaan Hasil Finishing Kayu Menggunakan Waterbased

2,645 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Setiap orang diluar sana sudah semestinya suka mengecat permukaan kayu. Namun, terdapat satu masalah yang sering dihadapi iaitu kesilapan memilih warna untuk permukaan kayu. Kadang-kadang apabila memilih kayu yang hendak diwarnakan tidak sama dengan hasil akhir yang diinginkan. Senang cerita perbezaan hasil finishing kayu tu lain dari yang diinginkan.

Namun, perkongsian daripada Hito Kiri ini mampu memberikan anda sedikit sebanyak informasi terhadap finishing kayu yang mudah dan tidak leceh menggunakan waterbased polyurethane. Jom kita tengok perkongsian daripada beliau ini.

Perbezaan Hasil Finishing Kayu Yang Menggunakan Waterbased Polyurethane

Ok geng, kalini saya nak buat satu perkongsian mengenai finishing kayu yang mudah dan tak leceh menggunakan waterbased polyurethane.

Saya memang tak suka mengecat, nanti cat merata rata, tangan pun habis kena cat, nak basuh pun susah. Berus lagi lah, mmg pakai buang je. Nak buat layer berkali kali memang pakai banyak berus.

Finishing waterbased ni memang mudah sebab mudah nak sapu, senang nak cuci berus (pakai air je), tangan pun senang nak cuci, cepat kering dan takde bau yg kurang menyenangkan.

Finishing nicepat kering, maknanya kita bole sapu beberapa layer dalam 1 hari. Bila dah kering tu, ianya akan menjadi lapisan yang keras atas kayu dan dpt melindungi kayu tersebut.

Hasil Perbezaan Warna Finishing Kayu Menggunakan Waterbased Polyurethane

Test atas kotak diperbuat dari kayu pine pallet. Baru bole nak tgk bebetul camne colour dia nanti bila atas produk.

Perbezaan Hasil Finishing Kayu

Masa memula sapu rasa seram gam sebab colour dia macam cat yang tutup urat, tapi lepas kayu serap warna tu, timbul semua urat dia.

Yang ni cuba warna Dark Walnut dari Nippon Hydro Wood.

Perbezaan Hasil Finishing Kayu

Warna Meranti.

Dah siap sapu, kejap je dah kering

Perbandingan side by side. Saya ada pernah buat video untuk finishing mudah dengan menggunakan Waterbased Poly yang clear matte, bole tengok dalam channel saya.

Kalau nak tengok video yang menggunakan warna ni, bole layan kat sini :
https://youtu.be/OUvnhlMIA1Q

Perbezaan Hasil Finishing Kayu

Yang ni test atas FJB rubberwood, nak simpan supaya senang nak refer nanti di masa depan.

Perbezaan Hasil Finishing Kayu

Sumber : Hito Kiri

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down