Apa yang akan terjadi sekiranya terputus bekalan eletrik secara tiba-tiba dirumah anda? Sudah semestinya suasana akan menjadi gelap gelita dan kita akan sibuk mencari lampu suluh. Ditambah pula dengan keadaan yang panas tak boleh buka kipas.
Jadi, seeloknya setiap rumah ini perlulah mempunyai sebuah power inverter solar yang sama dilakukan oleh Mohd Fuzi Che Hassan ini. Beliau berkongsikan apa bahan yang diperlukan dana bagaimana untuk membuat power inverter solar ini dilakukan secara DIY.
Anda juga boleh ikuti perkongsian daripada beliau ini. Mulai hari ini memang setiap rumah kena ada power inverter sekiranya berlaku terputus bekalan eletrik. Nak bawa pergi berkhemah pun boleh juga. Lagi memudahkan kerja untuk aktiviti memasak.
Projek solar. Habuan bawa pi Camping. Boleh guna masak nasi, kipas, lampu, caj fon atau gadjet.
Kos :
- Solar 30watt & solar charger control RM123
- Power Inverter converter RM193
- Bateri 2nd hand RM80
Total RM396
Boleh la jimat banyak dari beli Powerbank 100,000mah harga RM2500
Rupa Rekabentuk DIY Power Inverter Solar Yang Dilakukan Ini
Inilah dia rekabentuk power inverter solar yang dilakukan secara DIY ini. Walaupun dilihat macam besar gedabak macam tu namun fungsinya sememangnya dapat digunakan jika berlakunya terputus bekalan eletrik.
Untuk diy power inverter ni, ia merangkumi solar 30 watt datang sekali charger, power inverter dan juga bateri sebesar 60ah yang dibeli 2nd hand.
Testimoni Power Inverter Solar Ini Untuk Memasak Nasi
Inilah dia sedikit testimoni bagaimana power inverter ini berfungsi. Inverter ni disertakan sekali dengan plug.
Untuk testimoni ni nak masak nasi. Jadi, dalam 220 watt sudah pun memadai.
Testimoni ni siap masak nasi lagi. Nak bawa pergi camping pun berbaloi ada inverter macam ni.
Sumber : Mohd Fuzi Che Hassan