Semua pemilik rumah berhasrat untuk memiliki rumah yang kelihatan cantik dan menarik. Dengan melakukan perubahan, setidaknya ia dapat mewujudkan rasa tenang dan ceria dalam diri kerana berjaya mengubahsuai rumah.
Perkara tersebut dibuktikan oleh wanita ini yang bernama Shasha Ramly. Beliau telah menghasilkan projek deco rumah sewa lama 10 tahun yang di tinggalkan kepada gaya black and white.
Jom sama-sama kita ikuti perkongsian yang sangat menarik ini.
Alhamdulillah projek deco bersama encik suami tak mewah tapi selesa, kami suka colour black white dan selitkan English style serba sedikit.
Pada asalnya, pemilik rumah ini sudah lama tidak duduk kira-kira hampir 10 tahun. Sewaktu mula-mula masuk, ianya hanyalah rumah kosong sebab kipas lampu semuanya tidak ada.
Gambar di bawah ini setelah barangan di bawa masuk secara berkala.
Mereka mengambil keputusan untuk deko secara sedikit demi sedikit mengikut keperluan dan bajet dalam tempoh masa sebulan.
Bahagian ruang tamu sebelum diubahsuai.
Bahagian kawasan pintu masuk sebelum diubahsuai.
Keadaan laluan ke bilik dan ke dapur sebelum diubahsuai.
Proses semasa pemasangan wainscoting cermin pada dinding ruang tamu tersebut.
Inilah hasil setelah ubahsuai deco rumah sewa tersebut selesai dilakukan. Projek ubahsuai ini 100% hasil air tangan suami tanpa mengupah orang.
Untuk wiring pula terpaksa mengupah orang kerana mereka tidak pandai untuk melakukannya.
Proses ubahsuai bermula dari ruang dapur, bilik air tetamu dan ruang dapur. Boleh dikatakan satu rumah diubahsuai. Kalau bercerita tentang penat, memang agak penat. Tetapi, sangat berpuas hati kerana dekorasi yang dilakukan mengikut citarasa kita sendiri.
Untuk pengetahuan semua, mereka langsung tidak melakukan renovasi dan hanya melakukan deco sahaja. Hal ini kerana, mereka tidak mahu melibatkan kos yang memerlukan jumlah bajet yang agak besar. Rumah ini dideko sementara sahaja sebelum memiliki rumah idaman sendiri.
Itu sahaja perkongsian Giler Deco pada kali ini. Semoga dapat memberi inspirasi buat semua pembaca di luar sana.