Kalau bercerita mengenai hiasan pada bahagian dinding, sudah pasti apa yang bermain di fikiran kita adalah wainscoting, shiplap wall dan accent wall.
Hal ini kerana, dekorasi dinding berkonsepkan gaya tersebut cukup digemari oleh pemilik rumah pada ketika ini.
Jika mengupah orang, sudah pasti kos yang dikeluarkan akan berbeza dan agak tinggi. Jadi, jalan terbaik yang boleh dilakukan untuk menjimatkan kos adalah dengan melakukan sendiri secara DIY.
Jom sama-sama kita ikuti perkongsian projek DIY accent wall yang dikongsikan oleh Noorazurawatie Ali ini.
Boleh tahan dia punya letih buat benda ni.
Kawan-kawan dekat sini sahaja paham rasa kepuasannya apabila sudah siap buat.
Betul tak?
Bahagian dinding mula dipasang kayu siling mengikut bentuk accent wall yang ingin dihasilkan.
Setelah selesai dipasang. Bahagian dinding yang telah dipasang accent wall tersebut disapu dengan cat undercoat terlebih dahulu.
Langkah seterusnya pula dengan mengecat bahagian dinding tersebut dengan warna pilihan yang diinginkan.
Inilah hasilnya setelah accent wall siap dipasang dan dicat.
Ini adalah bahagian dinding ruang tamu semasa proses pemasangan wainscoting.
Ia juga perlu disapu cat undercoat terlebih dahulu.
Bahagian dinding tersebut setelah proses pemasangan wainscoting selesai dilakukan.
Itu sahaja perkongsian pada kali ini. Semoga bermanfaat untuk semua.