Projek DIY Almari Tinggi Untuk Bilik Anak Bujang Kesayangan

185 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Anak-anak ni memerlukan almari yang besar untuk diletakkan didalam bilik mereka. Mahupun lelaki dan juga perempuan. Kalau tak nak bagi bilik mereka tu tak kemas akibat baju dan apa juga kain berselerak boleh lakukan sebuah DIY almari

tinggi khas dari kayu plywood.

Owner yang bernama Siti Nor Mohamed ini berpendapat bahawa anak bujang beliau sudah pastinya memerlukan sebuah almari yang besar apabila nak pindah ke bilik baharu. Maka bermulalah kisah Siti ini dalam melakukan DIY almari khas untuk anak beliau.

Segala tutorial ada ditunjukkan oleh Siti ini dalam melakukan DIY almari besar ini. Hasilnya juga sangat menakjubkan dan wajar dipuji. Jom kita tengok hasil beliau ini.

Wanita Ini Melakukan Projek DIY Almari Tinggi Untuk Bilik Anak Bujang Kesayangan

Projek DIY Almari tinggi untuk Bilik Anak Bujang.

Anak kata nak makeover bilik dia. Maka, mak pon terus kata, jom buat almari dulu. Boleh simpan semua barang yang banyak sangat dalam bilik dia tu. Lagipun, bilik dia tu selalu tetamu gunakan untuk solat, kenalah kemas sikit.

Jadi, Mokcik pon order plywood dari kilang dan siap2 bagi cutlist untuk dia potong sekali. Tapi minta dia rip cut ikut lebar yg diperlukan je. Sebab nanti Mokcik akan potong sendiri ikut panjang plak. Mudah sikit nak pastikan ukuran yg betul.

Step By Step Cara Untuk Lakukan DIY Almari Bujang Ini

Untuk cara nak buat almari ni, owner dah upload video tutorial di youtube. Boleh tengok kat bawah ni

Ni masa dia masih single

Dia dah dipindahkan ke dalam bilik dan dapat jiran atas.

DIY Almari Tinggi

Abaikanlah kalau ternampak pintu tu senget sikit. Jenuh weih nak bagi sama.

Ni bahagian dalam dia. Jangan zoom lebih2.

DIY Almari Tinggi

Kena la tunjuk sapa tukangnya.

DIY Almari Tinggi

Kredit : Siti Nor Mohamed

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down