Kerjaya seorang doktor langsung tidak menghalang beliau menghasilkan DIY bunk bed pada bilik anaknya.
Kerja kayu secara DIY yang dilakukan ini telah dikongsikan oleh jirannya sendiri iaitu Munzir Wak Juli. Beliau cukup kagum dengan hasil kerja yang dilakukan oleh seorang doktor ini.
Walaupun sering sibuk dengan tugasan seharian, beliau sempat meluangkan masa bagi memastikan anak-anaknya dapat tidur dengan lena di dalam bilik berkonsepkan bunk bed ini.
Jadi, jika ingin mengetahui dengan lebih lanjut, boleh teruskan bacaan di bawah ini.
Saya kongsi hasil kerja kayu jiran depan rumah saya. Kerjaya doktor tidak menghalang beliau DIY sebegini punya besar projek untuk anak-anaknya.
Projek DIY ini dilakukan dengan membuat kerangka terlebih dahulu.
Kemudian, proses membuat tangga dilakukan.
Selepas itu, dinding kayu dipasang.
Bahagian rak tempat simpan barang.
Beginilah rupa setelah bunk bed ini hampir siap dilakukan.
Projek DIY bunk bed selesai dilakukan. Sangat kreatif dan menarik.
Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Semoga bermanfaat buat semua pembaca di luar sana dalam menghasilkan projek DIY seperti ini.
Selamat mencuba.