Apa penyelesaian untuk melakukan pemisahan diantara 2 ruang dirumah ini? Jawapannya adalah dengan melakukan projek DIY divider untuk memisahkan ruangan tersebut. Untuk melakukan divider ini kebanyakkan ramai yang lakukan secara diy berbanding upah orang.
Divider ini bukanlah sesuatu yang berat untuk dilakukan. Sesiapa sahaja juga boleh melakukannya dirumah macam dilakukan oleh Syed Yusuf ini. Beliau melakukan sebuah diy divide dengan harga bajet. Walaupun hanyalah mencuba nasib namun divider yang dilakukan tersebut amatlah menjadi.
Anda bolehlah melihat langkah-langkah bagaimana divider ini dilakukan dan juga hasil akhir DIY divider ini dilakukan.
Projek raya yang telah lama tergendala tapi Alhamdulillah siap jugak projek diy divider budget ni akhirnya. Saje jer try untuk mencuba nasib bahagikan antara ruang makan dan juga ruang tetamu. Nasib baik menjadi.
Bahan-bahan adalah PVC Casing 17 batang, skru,
Langkah-Langkah Dalam Melakukan Projek DIY Divider Ini
Pertama sekali ambil PVC L bracket ini dan skrukan macam didalam gambar macam ni.
Ini pula gambara skru pada bahagian bawah.
Dah siap skru, batang pvc tersebut dilekatkan pada bahagian atas. Untu kayu atas tu boleh lekatkan guna wall plug khas untuk partition.
Masukkan divider tersebut pada tempat skru tersebut.
Masukkan pula pvc yang lain. Lakukan proses ini sehingga kesemuanya dimasukkan pada ruang skru tersebut.
Sedikit info tentang divider ini. Atas dan bawah merupakan penutup casing dan di tengah pula adalah body casing.
Selepas selesai memasukkan kesemua pvc tersebut kedalam tu, akhirnya siap juga divider bajet yang dilakukan ini. Simple, mudah dan tidak memakan tenaga yang banyak.
Kredit : Syed Yusuf