Projek DIY Drawer Dibahagian Bawah Tangga

Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Zaman sekarang kaum wanita pun boleh bertukang. Kadang-kadang lebih hebat dari kaum lelaki. Artikel ini menceritakan dari perkongsian di Facebook yang telah dikongsi oleh seorang wanita yang membahasakan diri beliau sebagai Mokcik.

Dalam perkongsian tersebut beliau ada berkongsi cara-cara beliau DIY drawer dibahagian bawah tangga rumahnya. Drawer itu dicipta atas tujuan untuk menyimpan vacum supaya tidak sesak mata memandang.

Kali ni Mokcik DIY drawer bawah tangga pulak utk simpan 2 bijik vacuum yg ada.

Selain utk nampak kemas, dgn drawer ni, lebih mudah sikit nak amik vacuum. Takde la kena terbongkok², kadang sampai terjedut kepala...tak pasal benjol

DIY Drawer Dibahagian Bawah Tangga

Ini adalah rupa asal bahagian bawah tangga sebelum di makeover.

DIY Drawer Dibahagian Bawah Tangga

Langkah pertama adalah buatkan rangkanya terlebih dulu. Untuk rangka boleh guna plywood. Potong saiz cukup-cukup untuk dijadikan rangka ikut keluasan yang bersesuaian.

DIY Drawer Dibahagian Bawah Tangga

Untuk bahagian drawer pulak juga boleh gunakan plywood. Ukuran saiz ikut keluasan dibawah tangga anda.

DIY Drawer Dibahagian Bawah Tangga

Dah siap buat drawer boleh try letak dalam rangkanya. Tengok samada kena dengan ukurannya atau tidak. Untuk drawer slide guna yang saiz 42 inci. Kalau tiada boleh juga guna yang 36 inci.

DIY Drawer Dibahagian Bawah Tangga

Seterusnya pasang dinding. Kalau ada plywood yang besar boleh guna yang besar, tetapi kalau tiada boleh sahaja guna yang saiz kecil.

DIY Drawer Dibahagian Bawah Tangga

Selepas itu, boleh pasang pintu drawer.

DIY Drawer Dibahagian Bawah Tangga

Beginilah final look drawer tersebut. Nak lagi cantik boleh deko-deko atau cat dengan warna yang lebih menarik.

Itu sahaja perkongsian projek DIY drawer dibahagian bawah tangga untuk kalini. Semoga perkongsian daripada Mokcik Siti Nor Mohamed boleh memberi manfaat kepada para pembaca.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down