Idea Menarik Projek DIY Herringbone Wall

6,764 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Hiasan dinding pada masa kini sememangnya menjadi kegilaan buat pemilik rumah. Contoh hiasan dinding itu adalah wainscoting, accent wall dan shiplap wall.

Perkongsian deco kediaman pada kali ini adalah dari Hazmi Hassan. Beliau dan isteri tercinta telah menghasilkan satu projek DIY menarik iaitu pemasangan dinding herringbone pada bilik utama dan batten wall pada bilik tetamu.

Jadi, jom sama-sama kita lihat proses dan hasil kediaman miliknya itu selepas diubahsuai.

Idea Menarik Projek DIY Herringbone Wall

Hasil kerja tangan kami laki bini selepas diracun group ini. Terima Kasih bagi idea dan inspirasi pada kami.

Projek :

- Batten wall

- Herringbone wall

Herringbone wall ambik masa sebulan nak siap dengan tak ada mood lagi, senget lagi, timbang air rosak lagi, gaduh lagi.

Tapi alhamdulillah berjaya jugak merealisasikan impian orang rumah saya ini.

Langkah - Langkah:

Proses melekatkan potongan kayu pada dinding dilakukan. Kalau ada gap, boleh sapu filler semula.

Projek DIY Herringbone Wall

Kemudian, proses menyapu filler pada gap dilakukan. Biarkan semalaman untuk filler itu kering. Esoknya sambung gosok. Kesannya adalah akan membuatkan berhabuk satu bilik.

accent wall anak panah

Hasil setelah kayu selesai ditampal pada dinding.

accent wall anak panah

Proses akhir, pada bahagian tinggi dan finishing dicat sendiri olehnya. Manakala pada bahagian rendah beliau bagi orang rumah siapkan.

accent wall anak panah

Hasil dinding selepas selesai dipasang accent walll.

accent wall anak panah
accent wall anak panah

Projek seterusnya pula adalah pemasangan batten wall untuk guest room.

accent wall anak panah

Projek DIY yang dilakukan tak sampai satu hari. Start pagi, petang sudah boleh kemas-kemas.

accent wall anak panah

Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Diharap sedikit sebanyak dapat membantu pembaca di luar sana dalam cuba untuk melakukan projek DIY seperti ini.

Semoga bermanfaat.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down