Projek DIY Lantai Epoxy Dan Bilik Air Anak

97,284 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Memiliki tandas yang cantik dan kelihatan baru adalah impian setiap pemilik rumah. Tandas yang cantik dan selesa bukan untuk diri sendiri sahaja, malah bilik air anak juga berhak untuk dicantikkan meskipun anak masih kecil lagi.

Perkara tersebut telah dilakukan oleh seorang bapa yang bernama Muhammad Faiz. Beliau telah menghasilkan satu projek DIY lantai epoxy dan bilik air anak dengan sangat simple tapi cukup menarik.

Jom terus ikuti perkongsian di bawah ini.

DIY Lantai Epoxy Bilik Air Anak

Wife banyak kali minta buatkan. Jadi hari ini kita layankn DIY lantai epoxy. Baru siap primer layer. Esok sambung layer warna pula.

Kondisi cat masih utuh. tapi layer lagi satu lapis alang-alang habiskan baki cat. Cuci setakat ni tak payah sental kuat. Pakai magic sponge pun sudah boleh bersih. Siap sepenuhnya deko bilik air untuk anak-anak.

Senarai barang yang digunakan:

  1.  Set cat epoxy (shopee RM 140).
    Link : https://shp.ee/cmu85nf
  2.  Cat dinding ansai paint goody easy clean. Warna light grey aluminium dan code 44.
    Link : https://shp.ee/m2en52f
  3.  Sticker dinding planet ( shopee RM 5.71).
    Link : https://shp.ee/vbew82f
  4.  Sticker dinding ikan 2 pcs (shopee RM 4.12/pcs).
    Link : https://shp.ee/nyd6xqp
  5.  Sticker pintu (shopee RM 7.19).
    Link : https://shp.ee/jgxujzf

Keadaan tandas sebelum proses pengubahsuaian dilakukan.

diy epoxy lantai

Keadaan tandas selepas proses primer layer selesai disapu.

diy epoxy lantai

Cat epoxy yang digunakan.

diy epoxy lantai

Hardener untuk pastikan epoxy tidak mudah tanggal.

DIY Lantai Epoxy

Anti slip powder supaya lantai tidak licin.

diy epoxy lantai

Lantai bilik air selepas selesai disapu Epoxy.

siap deco blik air anak

Cat dinding yang digunakan adalah Kaisai Paint.

siap deco blik air anak

Hasil bilik air setelah selesai diubahsuai.

DIY Lantai Epoxy
DIY Lantai Epoxy

Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Diharap dapat membantu mereka diluar sana untuk cuba hasilkan deco pada bilik air dengan cara DIY. Selamat mencuba.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down