Projek DIY Loteng Pada Rumah Teres Setingkat

9,846 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Pembinaan loteng sering dilakukan pada rumah yang mempunyai keluasan yang cukup terhad bagi menjadikan sesuatu ruang bilik itu kelihatan lebih luas.

Perkara tersebut telah dilakukan oleh pemilik rumah ini yang bernama Andy Ssi. Beliau secara seorang diri telah menghasilkan projek DIY loteng pada bilik tengah rumah teres setingkat buat anak-anaknya.

Jadi, untuk mengetahui dengan lebih lanjut, jom teruskan bacaan di bawah ini.

Projek DIY Loteng Pada Bilik Tengah Rumah Teres Setingkat

Saya duduk rumah taman teres setingkat. Jadi, bilik tengah tinggi. Saya buat pelan-pelan loteng itu dan seorang diri.

Balik kerja buat sikit-sikit. Esok sambung lagi sampai la siap akhirnya.

Alhamdulillah.

Senarai kos yang dikeluarkan.

Projek DIY Loteng

Jangka masa projek yang dilakukan ini dalam tempoh 1 bulan. Sebab ia hanya dilakukan secara berkala selepas balik kerja. Sehari dalam masa 1-2 jam sahaja. Kadangkala apabila waktu cuti, seharian beliau buat kerja.

Projek DIY Loteng

Keluasan bilik seperti ini macam standard. Cuma tinggi itu ada tambahan dalam lagi 7 - 8 kaki ke atas lagi dari siling standard.

Gambar di bawah adalah bahagian angle dan hollow.

Projek DIY Loteng

Barangan yang digunakan semua dibeli di kawasan Melaka.

  • Besi di Guan Seng Malim.
  • Papan playwood 18mm (bukan 12mm) di Malim kilang.
  • Kayu yang dekat depan dari Brother Aksesori kereta lama.
  • Siling kapur dan cornish dekat kedai besar Taman Merdeka sebelum kedai ikan IKEA Melaka. (Sederet oxygen hardware).
  • Vinyl beli dekat kedai Taman Merdeka depan dominos. Nama kedai modes flooring.
  • Lampu banyak di kedai lampu.
  • Pemegang railing di Famosa Iron Work, Malim sederet Caltex Malim.
  • Cat kedai hardware ada.
  • Kedai skru di depan kilang papan plywood. BNC hardware. Kedai itu syurga skru. Lengkap macam MVM skru, semuanya ada.

Beliau hasilkan seperti ini sebab malas nak welding.

Projek DIY Loteng

Saiz besi yang digunakan:

  • Hollow 231.6mm
  • Angle 1.51.56mm
  • Railing punya pemegang 2 inch diameter.
  • Skru pakai wall plug saiz 12. Setiap angle boleh letak dalam 6-7 biji. Jadi total pakai semua dalam 17 - 18 biji.

Frame dan angle itu perlu diwelding supaya tak lari.

Projek DIY Loteng

Kayu dibeli di kedai papan melayu secondhand, Paya Datuk Alor Gajah. Sebelum Masjid Paya Datuk, sebelah kanan. Kemudian, beliau balik ketam dan gosok balik sebab kayu lama.

Cara pemilihan kayu, pilih yang tebal dan potong ikut saiz yang dimahukan. Dia kira lumsum. Kalau malas gosok, terus lapik dengan lantai vinyl.

Projek DIY Loteng

Bahagian ini paling mencabar, iaitu pemasangan siling kapur. Beliau naikkan seorang diri dan patah. Jadi, beliau buat braket dan jolok sampai atas baru letak skru.

Projek DIY Loteng

Proses pemasangan lantai vinyl PVC pada bahagian tangga dilakukan.

Projek DIY Loteng

Papan plywood yang digunakan 12 mm.

Projek DIY Loteng

Handrail itu beliau sengaja tak buat sebab lebih menyukai keadaan lapang. Anak-anaknya juga cukup berhati-hati, beliau telah mengingatkan anak-anaknya awal-awal. Sewaktu naik dan turun mesti berhati-hati, yang paling penting pegang handrail dan tak pernah melompat.

Mereka semua jenis ikut peraturan. Sudah hampir 1 tahun lebih buat, tiada perkara tidak di ingini berlaku lagi.

Jika ada handrail sebelah kiri, nanti susah jika nak masuk naik perabut sebab laluan akan jadi sempit sikit.

Apa pun ikut citarasa sendiri, pakai handrail pun boleh. Digalakkan demi keselamatan penghuni rumah.

Projek DIY Loteng

Mengenai beban yang dapat ditampung pada bahagian atas itu, secara jujur, beliau telah buat experimen pada kekuatan wall plug 12 mm itu.

Beliau pernah test skru wall plug pada dinding dua biji dan ikat pada C channel 6mm. Kemudian, jack guna bottle jack 5 ton (5000kg). Buat masa ini, memang skru kukuh tak berganjak, patah atau bengkok.

Jadi, untuk loteng, kita guna 16 - 17 batang skru dan beban di agih secara rawak.

Beliau cukup yakin kalau setakat beban 200 - 300 kg, memang selamat. Apa pun bergantung pada simen dinding masing-masing.

Katakan: Total beban 400 kg termasuk orang dan barang-barang
400kg / 15 batang skru = 26 kg setiap batang wall plug. Jadi, memang selamat.

Projek DIY Loteng

Beralih pada bahagian cornish pula, sudah hampir setahun lebih ini, masih tidak ada crack lagi. Masih kukuh dan padu.

Simen perlu lebih semasa pemasangan itu dilakukan, untuk pemasangan siling kapur, boleh terus skru pada hollow itu. Agak susah jugalah sebab sangat tebal. Namun, perlu buat banyak sikit supaya kukuh.

Semasa permulaan, siling itu hancur juga sebab tidak begitu pandai. Tetapi lama-kelamaan, okey la kot nanti. Katanya.

Disebabkan beliau tidak pandai sangat dalam melakukan plaster. Jadi, agak comot sedikit.

Projek DIY Loteng
Projek DIY Loteng

Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Semoga bermanfaat buat semua pembaca di luar sana.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down