Pembinaan loteng sering dilakukan pada rumah yang mempunyai keluasan yang cukup terhad bagi menjadikan sesuatu ruang bilik itu kelihatan lebih luas.
Perkara tersebut telah dilakukan oleh pemilik rumah ini yang bernama Andy Ssi. Beliau secara seorang diri telah menghasilkan projek DIY loteng pada bilik tengah rumah teres setingkat buat anak-anaknya.
Jadi, untuk mengetahui dengan lebih lanjut, jom teruskan bacaan di bawah ini.
Saya duduk rumah taman teres setingkat. Jadi, bilik tengah tinggi. Saya buat pelan-pelan loteng itu dan seorang diri.
Balik kerja buat sikit-sikit. Esok sambung lagi sampai la siap akhirnya.
Alhamdulillah.
Senarai kos yang dikeluarkan.
Jangka masa projek yang dilakukan ini dalam tempoh 1 bulan. Sebab ia hanya dilakukan secara berkala selepas balik kerja. Sehari dalam masa 1-2 jam sahaja. Kadangkala apabila waktu cuti, seharian beliau buat kerja.
Keluasan bilik seperti ini macam standard. Cuma tinggi itu ada tambahan dalam lagi 7 - 8 kaki ke atas lagi dari siling standard.
Gambar di bawah adalah bahagian angle dan hollow.
Barangan yang digunakan semua dibeli di kawasan Melaka.
Beliau hasilkan seperti ini sebab malas nak welding.
Saiz besi yang digunakan:
Frame dan angle itu perlu diwelding supaya tak lari.
Kayu dibeli di kedai papan melayu secondhand, Paya Datuk Alor Gajah. Sebelum Masjid Paya Datuk, sebelah kanan. Kemudian, beliau balik ketam dan gosok balik sebab kayu lama.
Cara pemilihan kayu, pilih yang tebal dan potong ikut saiz yang dimahukan. Dia kira lumsum. Kalau malas gosok, terus lapik dengan lantai vinyl.
Bahagian ini paling mencabar, iaitu pemasangan siling kapur. Beliau naikkan seorang diri dan patah. Jadi, beliau buat braket dan jolok sampai atas baru letak skru.
Proses pemasangan lantai vinyl PVC pada bahagian tangga dilakukan.
Papan plywood yang digunakan 12 mm.
Handrail itu beliau sengaja tak buat sebab lebih menyukai keadaan lapang. Anak-anaknya juga cukup berhati-hati, beliau telah mengingatkan anak-anaknya awal-awal. Sewaktu naik dan turun mesti berhati-hati, yang paling penting pegang handrail dan tak pernah melompat.
Mereka semua jenis ikut peraturan. Sudah hampir 1 tahun lebih buat, tiada perkara tidak di ingini berlaku lagi.
Jika ada handrail sebelah kiri, nanti susah jika nak masuk naik perabut sebab laluan akan jadi sempit sikit.
Apa pun ikut citarasa sendiri, pakai handrail pun boleh. Digalakkan demi keselamatan penghuni rumah.
Mengenai beban yang dapat ditampung pada bahagian atas itu, secara jujur, beliau telah buat experimen pada kekuatan wall plug 12 mm itu.
Beliau pernah test skru wall plug pada dinding dua biji dan ikat pada C channel 6mm. Kemudian, jack guna bottle jack 5 ton (5000kg). Buat masa ini, memang skru kukuh tak berganjak, patah atau bengkok.
Jadi, untuk loteng, kita guna 16 - 17 batang skru dan beban di agih secara rawak.
Beliau cukup yakin kalau setakat beban 200 - 300 kg, memang selamat. Apa pun bergantung pada simen dinding masing-masing.
Katakan: Total beban 400 kg termasuk orang dan barang-barang
400kg / 15 batang skru = 26 kg setiap batang wall plug. Jadi, memang selamat.
Beralih pada bahagian cornish pula, sudah hampir setahun lebih ini, masih tidak ada crack lagi. Masih kukuh dan padu.
Simen perlu lebih semasa pemasangan itu dilakukan, untuk pemasangan siling kapur, boleh terus skru pada hollow itu. Agak susah jugalah sebab sangat tebal. Namun, perlu buat banyak sikit supaya kukuh.
Semasa permulaan, siling itu hancur juga sebab tidak begitu pandai. Tetapi lama-kelamaan, okey la kot nanti. Katanya.
Disebabkan beliau tidak pandai sangat dalam melakukan plaster. Jadi, agak comot sedikit.
Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Semoga bermanfaat buat semua pembaca di luar sana.