Projek DIY Meja Kayu Plywood Yang Bercorakkan Ketupat

419 views
Langgan channel Telegram Giler Deco untuk trend deko terkini & informasi hiasan dalaman yang menarik.
Giler Deco

Pernah tengok atau tidak sebuah meja makan dengan corak herringbone ini? Bagi Airiel Ibnu Sufian ini beliau telah berkongsikan sebuah projek DIY Meja Kayu dibuat daripada kayu plywood dan pine yang bercorakkan ala-ala herringbone.

Bagi beliau, ianya dipanggil meja kayu yang bercorakkan seakan-akan ketupat. Macam biasa perkongsian daripada Airiel ini sememangnya melibatkan kerja kayu yang diubah menjadi sebuah perabot yang cantik dan kukuh.

Jom kita melihat perkongsian beliau yang terbaharu ini.

Projek DIY Meja Kayu Playwood Yang Menerapkan Corak Herringbone Seakan "Ketupat"

Post kalini abang nak share resepi ketupat kayu yang abang cipta sendiri dengan penuh khusyuk dan tawadhuk.

Cara Melakukan DIY Meja Kayu Plywood Corak "Ketupat" Ini

Mula-mula potongkan papan sama panjang semuanya. Macam yang dilakukan ini, semua 7". Lebar papan kena sama iaitu 3.5" lebarnya. Dibawahnya ada plywood 9mm dan atasnya adalah frame kayu.

DIY Meja Kayu

Lepastu, lebihan-lebihan kayu tu buang jer nak bagi nampak bentuk macam ni.

Untuk meja makan saiz 72"x30"x30" juga lakukan proses yang sama. Ada lebihan kayu tu buang jer.

DIY Meja Kayu

Dah habis buang lebihan kayu tu kenalah diperhalusi menggunakan rounding edge bit router. Ini dapat membuatkan kayu kelihatan licin dan lembut jer. Risau takut terkena selumbar jer.

DIY Meja Kayu

Ukuran kerusi tu pula adalah 14"x15"x18" +32"(backrest).

Nampak sudah siapkan? Tapi belum lagi sebab masih lagi ada sedikit finishing perlu dilakukan iaitu melicinkan permukaan meja. Langkah untuk membuatnya adalah gosok grid (120-240)- sealer - gosok (grid 400) - Clear Lacquer.

DIY Meja Kayu

Hasil Akhir DIY Meja Makan Diletakkan Pada Kedai Makan

Hasil diy tersebut telah pun diletakkan pada sebuah kedai makan yang tersohor. Boleh nampak meja kayu sebegini sangatlah cantik apabila dipadankan dengan lampu warna oren.

Segala corak kayu akan timbul hasil daripada finishing tadi. Kerusi pun kukuh untuk semua orang yang datang makan dan duduk disitu.

DIY Meja Kayu
DIY Meja Kayu

Kredit : Airiel Ibnu Sufian

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2022 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down