DIY Mirror Wainscoting Untuk Ruang Makan

3,914 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Mengubahsuai rumah mengikut citarasa sendiri sudah pasti dapat membuatkan kita seronok dan gembira. Hal ini kerana, kita dapat memilih jenis dekorasi apa yang diinginkan untuk rumah sendiri.

Projek DIY ini dilakukan sendiri oleh pemilik rumah ini yang bernama Abe Nal. Beliau telah menghasilkan satu projek DIY mirror wainscoting pada bahagian ruang makan mengikut kepuasannya sendiri.

Sejujurnya, untuk menghasilkan projek DIY seperti ini, jika tersalah langkah, cermin itu boleh terjatuh dengan sendirinya tau. Jadi, kenalah berhati-hati.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, jom ikuti perkongsian dibawah ini.

DIY Mirror Wainscoting Pada Ruang Makan Yang Simple

Akhirnya siap jugak projek DIY cermin untuk ruang makan. Kos hanya RM289 tak termasuk harga upah Abe Nal. Upah mahal tukang ni - Kata isterinya.

Keadaan dinding sebelum projek DIY dilakukan.

DIY Mirror Wainscoting

Proses diteruskan dengan melekatkan kayu guna gam kayu. Kayu boleh beli dekat kedai hardware sahaja.

DIY Mirror Wainscoting

Ketika ini baru siap cat. Bahagian kayu itu perlu disapu coating dahulu dengan cat putih baru cat ikuti warna kesukaan. Ia akan membuatkan kayu lebih cantik.

DIY Mirror Wainscoting

Proses seterusnya pula dengan menampal cermin guna gam kayu. Abaikan gambar tukang tengah berehat memikirkan berapa upah nak caj dekat tuan rumah.

DIY Mirror Wainscoting

Keadaan ruang makan yang telah selesai dipasang wainscoting cermin.

DIY Mirror Wainscoting
DIY Mirror Wainscoting

Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Diharap dapat memberi idea dan sumber inspirasi dalam melakukan projek DIY seperti ini. Semoga bermanfaat dan selamat mencuba.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down