Projek DIY Pagar Rumah Guna Alluminium Board Panel

3,779 views
Langgan channel Telegram Giler Deco untuk trend deko terkini & informasi hiasan dalaman yang menarik.
Giler Deco

Bagi yang kurang berkemampuan, penghasilan projek DIY dengan cara bajet sudah cukup menjadikan keadaan sekeliling rumah lebih kelihatan baru dan menarik.

Seperti yang dilakukan oleh pemilik rumah ini yang bernama Abdul Qayyum Jalal. Disebabkan mahu menjadikan bahagian hadapan rumahnya lebih privasi, beliau telah mengubahsuai pagar rumahnya dengan menggunakan Alluminium Board Panel.

Untuk melihat proses ubahsuai yang dilakukan ini, jom teruskan bacaan dibawah ini.

Projek DIY Pagar Rumah Jadikan Lebih Privasi

Salam. Perkongsian pertama dekat group ini berkenaan kerja-kerja DIY pagar rumah untuk lebih privacy dengan kos yang rendah.

Asalnya pagar biasa sahaja, cari-cari ilham dekat group ini jugak. Ada yang guna shera board. Tapi, ramai komen board ini agak berat, saya tak pasti sebab tak pernah jumpa secara fizikal.

Ini adalah keadaan pagar asal. Sebelum terfikir nak buat pagar macam ni, Awalnya duk scroll Shopee dan terjumpa aluminium bar panel. Ukur siap-siap dekat lubang-lubang pagar itu. Masa beli, terus minta potongkan ikut saiz. Standard saiz lebar dalam 4 inci, memang ngam-ngam dekat ruang antara palang pagar itu.

Projek DIY Pagar

Perkara kedua pula, beliau fikirkan cara apa paling mudah dan kemas untuk lekatkan dekat pagar. Kalau nak welding bracket ini, takut comot sebab tak pro welding. Datang pula idea guna alluminium plate dan skru terus dekat pagar. Aluminium bar panel itu pula skrukan pula pada aluminium plate.

Gambar dibawah ini adalah pandangan pagar selepas dicatkan dengan warna hitam, untuk dipadankan dengan warna aluminum bar panel nanti bagi mendapatkan permukaan texture pagar nampak kasar-kasar dan kilat, beliau gunakan hammerite paint.

Alluminium Board Panel boleh dapatkan disini :

Projek DIY Pagar Hasilkan pagar privasi

Pastikan guna self-driving screw untuk memudahkan proses menebuk lubang secara terus. Beliau guna cordless screw driver yang murah sahaja beli di Shopee. Sudah setahun lebih guna, tetap padu, setakat kerja-kerja ringan macam ini memang boleh pakai.

Projek DIY Pagar

Ikat aluminium plate dekat pagar. Cara hanya skru direct sahaja dekat situ. Ia bertujuan untuk mengelakkan daripada air masuk ke dalam palang pagar, boleh guna rubber o-ring dekat skru itu.

Projek DIY Pagar

Memandangkan setiap level dekat palang-palang pagar ini tak seragam jaraknya, guna kotak untuk centrekan aluminium bar panel.

Projek DIY Pagar berpanel

Inilah hasil akhir, pandangan dari sebelah dalam.

Ini pula adalah keadaan view dari luar pula. Beliau sangat berpuas hati dengan hasil dari seorang yang tidak begitu pandai bertukang.

Hasil Projek DIY Pagar Privasi berpanel

Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Semoga dapat memberi idea dan inspirasi buat semua pembaca dalam menghasilkan pagar privasi seperti ini.

Selamat mencuba.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2022 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down