Mempunyai sesebuah tempat pada halaman rumah untuk dijadikan tempat melepak dengan keluarga tersayang mesti best kan? Ada sesetengah meletakkan gazebo pada halaman rumah untuk dijadikan sebagai tempat untuk berehat.
Namun, berbeza pula dengan Azlan Idris ini kerana beliau telah melakukan projek DIY patio Block Stone pada halaman rumah beliau. Tujuan DIY dilakukan adalah untuk menjadikan tempat tersebut sebagai tempat untuk BBQ dengan keluarga tersayang.
Beliau telah berkongsikan cara dan bagaimana untuk melakukan DIY patio block stone tersebut di dalam sesebuah grup facebook. Jadi, jika anda ingin melihat hasil yang dilakukan. Jom kita tengok perkongsian daripada beliau ini.
Projek DIY Patio block stone baru-baru ni. DIY ini saya lakukan untuk area BBQ pada halaman belakang rumah saya. Saya juga ada reuse balik meja buat sendiri 3 tahun sudah
Bahan-Bahan Yang Diperlukan Lakukan DIY Ini
Cara Untuk Melakukan DIY Patio BBQ Ini
Mula-mula lakukan ukuran besar mana anda inginkan tempat bbq ini.
Proses menggali tanah untuk membuat tapak patio stone sedang dijalankan.
Beralih pula kepada proses membancuh simen dan meratakan simen pada tempat yang digali tadi. Selepas itu, letak dan susunkan batu bata mengikut ukuran tapak BBQ tersebut.
Biarkan sehingga kering dan anda akan lihat hasilnya.
Apabila simen dah kering, bersihkan tempat tersebut. Tukang cilik ni nak tolong bersihkan jadi saya biarkan ia lakukannya.
Proses memindahkan barang-barang untuk menghasilkan tempat BBQ kami ini. Meja tu dah guna hampir 3 tahun. Jadi, boleh digunakan lagi dan tak perlu beli meja baharu.
Hasil Akhir DIY Tempat BBQ Halaman Rumah Ini
Alhamdulillah, inilah dia hasil akhir DIY tempat BBQ saya ini. Walaupun banyak buat sorang tapi terima kasih juga kepada assistant cilik tadi. Hehehe.
Kepada anda yang juga inginkan halaman BBQ di rumah, semoga ini dapat dijadikan inspirasi buat anda.
Sumber : Azlan Idris