Penghasilan dekorasi pada dinding rumah mengikut konsep dan citarasa tersendiri pada masa kini sudah menjadi kebiasaan buat pemilik rumah. Hal ini kerana, penghasilan projek DIY seperti ini tidaklah begitu sukar, barangan yang digunakan juga mudah di dapati secara walk in dan online sahaja.
Itulah yang dilakukan oleh wanita ini yang bernama Yeni Salas. Disebabkan mahu mencantikkan rumag dengan cara jimat, beliau telah hasilkan satu projek pemasangan wainscoting cermin pada dinding ruang tamu secara DIY sahaja.
Jadi, jom sama-sama ikuti perkongsian ini dengan lebih lanjut di bawah.
Alhamdulillah, projek wainscoting hasil tenaga suami dan isteri.
Jadi la untuk hilangkan kebosanan duduk rumah tak ada buat apa kan. Buat projek ni semasa anak cuti sekolah hari itu.
Bahan semua beli dekat Shopee sahaja. Cuba buat untuk cantikkan rumah sendiri supaya lebih ceria.
Bahagian dinding ruang tamu sebelum dipasang wainscoting.
Dinding ruang tamu setelah dicat. Tape dilekatkan menjadikan garisan untuk memudahkan proses pemasangan wainscoting dan cermin lots pada dinding berkenaan.
Bingkai wainscoting mula dipasang.
Selepas itu, proses pemasangan bingkai cermin dilakukan.
Kesemua bingkai selesai dipasang.
Kemudian, tape tersebut dibuang secara berperingkat.
Tape selesai dibuang sepenuhnya. Proses seterusnya pula adalah dengan memasang cermin di dalam bingkai yang telah disediakan tadi.
Bahagian dinding setelah siap dipasang wainscoting cermin. Cukup simple dan sangat cantik hasil yang diperoleh.
Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Diharap sedikit sebanyak dapat membantu pembaca di luar sana dalam melakukan pemasangan wainscoting secara DIY. Semoga bermanfaat.