Penghasilan projek DIY pada masa kini boleh dianggap perkara biasa jika dilakukan oleh seorang yang suka bertukang.
Dengan melakukannya secara DIY, ia lebih menjimatkan dari membeli secara terus. Perkara tersebut telah dilakukan oleh seorang lelaki ini yang bernama Ahmad Johar. Beliau telah menghasilkan projek DIY rak kasut bermodalkan RM150 sahaja.
Jadi, jom sama-sama kita ikuti perkongsian kreatif yang dihasilkan oleh lelaki ini.
Apabila isteri minta rak kasut warna putih itu, suami pun DIY lah apa yang termampu.
Gambar di bawah ini adalah contoh rak kasut yang dimahukan oleh isterinya.
Kayu yang ingin dijadikan rak itu dikepit dengan menggunakan Apit G. Harga untuk satu Apit G itu sekitar RM20.
Apit G berfungsi sebagai pencantum kayu dengan melekatkan pada bahagian sisi kayu tersebut. Tujuan ia digunakan adalah untuk menunggu gam pada cantuman itu kering.
Kemudian, separuh daripada kayu yang dibeli tersebut dibalut dengan menggunakan sticker marble PVC. Ianya boleh dibeli di platform online seperti Shopee.
Board segi empat sama itu adalah MDF board. Sebahagian daripadanya juga dibalut dengan menggunakan sticker marble PVC.
Sebahagian dari kayu board itu dibalut dengan menggunakan sticker marble gold.
Board selesai dibalut. Seterusnya pula adalah proses pemasangan rak.
Hasil projek DIY setelah selesai dilakukan. Cantik hasil yang diperoleh. Nampak sangat kreatif dan menarik.
Kita selitkan sekali model untuk rak kasut ini.
Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Diharap dapat membantu pembaca di luar sana dalam mencari idea untuk lakukan projek DIY dengan cara bajet.
Semoga bermanfaat.