DIY Shiplap Wall Bajet Gaya Moden Simple

14,017 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Kalau bercerita mengenai shiplap wall memang kebanyakan pemilik rumah pada ketika ini cukup mengenalinya. Ia cukup digemari oleh kerana mampu untuk menjadikan keadaan dalaman rumah kelihatan cantik dan berseri-seri.

Bagi memastikan keadaan rumahnya juga tidak terlepas untuk menggunakan konsep Shiplap wall, lelaki ini yang bernama Ajiee Llttdd juga telah menghasilkan DIY shiplap wall bajet pada ruang dalaman rumahnya.

Jadi, jom sama-sama kita ikuti perkongsian projek DIY yang menarik ini.

DIY Shiplap Wall Bajet Gaya Moden Simple Yang Sangat Cantik Dan Menarik

Projek shiplap 13 x 10 kaki bajet lebih kurang RM250. Siap dalam masa dua hari.

Banyak dugaan ditambah pula apabila anak sendiri kata nak tolong abah. Boleh agak dah dia punya nak tolong macam mana.

Barangan berserta detail yang digunakan :

  1. Mdf board sekeping 4 x8 kaki RM28. Guna 5 keping RM140 (beli di kedai hardware dan setengah tokey sebut chipboard) saiz 6mm tebal.
  2. Upah potong 6 inci sekeping besar caj RM12 hingga RM60.
  3. Gam multipurpose 4 botol. Acrylic gap filler sebotol.
  4. Kayu 1 inci 6 batang.
  5. Cat jotun indoor roast coffee 1 liter RM35.

Keadaan sebelum proses dilakukan.

DIY Shiplap Wall Bajet

Keadaan dinding semasa proses mula dilakukan.

diy shiplap wall bajet

Peralatan dan bahan yang digunakan.

dekorasi ruang tamu

Proses pemasangan sedang giat dilakukan olehnya, manakala anaknya bermain dengan riang disitu.

dekorasi ruang tamu

Keadaan dinding sebelum di cat.

dekorasi ruang tamu

Proses menyusun mainan yang dilakukan oleh anak lelakinya.

dekorasi ruang tamu

Kayu dibawa ke tempat pemotongan.

dekorasi ruang tamu

Kayu selepas siap dipotong.

deco rumah

  Proses tampalan dengan gam.

deco rumah

Dinding apabila selesai di cat dengan warna putih.

deco rumah

Inilah hasilnya.

deco rumah

Itu sahaja perkongsian yang ingin dikongsi oleh Giler Deco untuk anda pada kali ini. Semoga bermanfaat.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down