Siapa tak suka kalau hiasan dalaman rumah menarik dan mempesonakan, betul tak? Bila sudah ada rumah, tak kiralah menyewa atau rumah sendiri, sudah pasti akan timbul rasa nak deco rumah supaya sedap mata memandang.
Pada masa kini, sangat banyak sumber yang boleh diambil sebagai ilham dekorasi rumah. Seperti yang dilakukan oleh wanita ini yang bernama Nur Shaa, selain mencari idea dari Pinterest, beliau juga mencari inspirasi dari pereka hiasan dalaman terkenal.
Nak tahu bagaimana penghasilan dekorasi yang berjaya dihasilkan olehnya? boleh teruskan bacaan di bawah ini dengan lebih lanjut.
Saya kongsikan deco rumah saya teres dua tingkat meliputi ruang tamu, bilik tidur utama, bilik tetamu, bilik anak perempuan, dan sebagainya.
Semoga bermanfaat dan memberi inspirasi kepada anda!
Keadaan ruang tamu sebelum diubahsuai.
Ruang tamu selepas diubahsuai. Beliau menggunakan perabot dari IKEA, SSF serta hiasan dari Kaison, Romantika, Spotlight dan sebagainya.
Bahagian ruang bawah tangga sebelum diubahsuai.
Bahagian ruang bawah tangga selepas diubahsuai.
Ruang makan selepas diubahsuai.
Laluan ke bilik sebelum diubahsuai.
Bilik tidur utama sebelum diubahsuai.
Bilik tidur selepas diubahsuai.
Bilik tidur kedua selepas diubahsuai.
Ruang wardrobe selepas diubahsuai.
Bilik tidur anak.
Apa pun, setiap orang berbeza citarasa dalam menghasilkan dekorasi rumah kediaman. Kita sendiri tentukan hiasan mana yang sesuai dan kena dengan jiwa sendiri. Itu yang paling penting.
Itu sahaja perkongsian pada kali ini. Semoga bermanfaat.