Projek DIY Wainscoting Jadikan Bahagian Dalaman Rumah Lebih Mewah

3,506 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Dekorasi rumah dengan menggunakan kayu MDF pada masa kini cukup digemari oleh setiap pemilik rumah tidak mengira peringkat umur dan jantina. Hal ini kerana, untuk menghasilkan dekorasi sebegini tidaklah begitu sukar sebenarnya.

Secara kebiasaannya, hanya golongan lelaki sahaja yang sering melakukan kerja pemasangan seperti ini. Namun, kini golongan wanita juga sudah pandai melakukan kerja-kerja sebegini. Itulah yang dilakukan oleh pemilik rumah ini yang bernama Qaseh Anne. Beliau telah berjaya menghasilkan satu projek wainscoting pada bahagian dalaman rumah yang cukup kelihatan wow dan mewah.

Tanpa berlengah lagi, jom kita lihat bagaimana beliau menghasilkan dengan lebih lanjut di bawah ini.

Projek DIY Wainscoting Dalaman Rumah

Hasil bertukang sendiri. Alhamdulillah berjaya hasil kerja orang perempuan, puas hati buat sendiri tetapi struggle juga sebab dinding tak rata.

Keadaan dinding rumah sebelum dilakukan ubahsuai.

Projek DIY Wainscoting

Penggunaan laser sangat penting dan sering digunakan oleh tukang rumah sebagai pengukur. Ia dapat memudahkan kerja seseorang itu dari guna penimbang air. Ukurannya juga lebih tepat. Laser tersebut biasanya dijual di Shopee, ada juga dekat hardware. Harganya pula adalah dalam RM300 macam itu.

wainscoting dalaman rumah

Keadaan dinding setelah wainscoting dipasang. Proses seterusnya pula melekatkan cermin menggunakan gam Xbond.

wainscoting dalaman rumah

Keadaan dinding ruang tamu setelah cermin wainscoting selesai dihasilkan.

wainscoting dalaman rumah

Dinding sebelum dipasang batten wall.

Batten wall mula dipasang pada bahagian dinding dengan menggunakan kayu MDF. Kayu yang dibeli bersaiz 4 kaki dan 2 kaki, lebar 2 inci dan tebal 9mm.

wainscoting dalaman rumah

Keadaan dinding setelah dipasang batten wall.

wainscoting dalaman rumah

Batten wall ini dipasang pada bilik tidur supaya ianya kelihatan lebih menarik. Kod cat yang digunakan adalah N1981A jenama Nippon Paint.

wainscoting dalaman rumah

Seterusnya pula adalah penghasilan dinding flute pada bahagian pintu masuk utama.

Projek DIY Wainscoting Dalaman Rumah

Proses-proses pemasangan mula dilakukan.

Projek DIY Wainscoting Dalaman Rumah

Keadaan bahagian pintu utama setelah selesai dipasang flute wall. Jelas kelihatan cantik dengan dekorasi klasik pada bahagian tersebut.

Projek DIY Wainscoting Dalaman Rumah
Projek DIY Wainscoting Dalaman Rumah

Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Diharap dapat memberi inspirasi kepada semua pembaca di luar sana. Semoga bermanfaat.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down