Projek Kolam Mandi Mini Dan Taman Hasil Tangan Suami Isteri

14,550 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Kolam renang cukup sinonim dengan kanak-kanak. Pantang ajak pergi mandi kolam, terus mereka tunjukkan muka keterujaan untuk pergi bermain air.

Itu baru ajak pergi mandi kolam, bayangkan kalau kolam tersebut ada dalam kawasan rumah kita, rasanya hari-hari mereka ajak main air di situ. Perkara tersebut turut terjadi kepada anak kepada pasangan ini yang sangat suka mandi kolam.

Disebabkan anaknya itu mengamuk dan mahukan kolam sendiri dalam kawasan rumah, beliau dan isteri telah menghasilkan satu projek kolam mandi mini dan taman pada halaman rumahnya.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, jom ikuti perkongsian ini.

Projek Kolam Mandi Mini Dan Taman Pada Halaman Rumah

Anak asyik mengamuk je nak mandi kolam. Maka terciptalah satu kolam mini dan taman hasil tangan kami suami isteri, buat sampai siap 100%.

Alhamdulillah. Boleh rehat-rehat dan bersantai.

Ini adalah bentuk kolam yang dihasilkan. Beliau memilih bentuk seperti ini sebab nak bagi nampak cantik macam ikan.

Kolam Mandi Mini

Setelah selesai dihasilkan, kolam tersebut dibersihkan.

Kolam Mandi Mini

Ini pula keadaan taman mini yang dihasilkan.

Kolam Mandi Mini

Keadaan taman dan kolam pada waktu malam.

Kolam Mandi Mini

Bahagian penjuru didekorasikan dengan pokok hiasan dan batu.

Kolam Mandi Mini

Pandangan dari arah dalam pada waktu siang.

Kolam Mandi Mini

Pandangan keseluruhan pada waktu malam.

Kolam Mandi Mini

Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Semoga bermanfaat.

Kredit: Arul Shawal

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down