Projek Membina Tiny House Dalam Kebun Durian

1,988 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Tiny house merupakan rumah jenis kecil yang selalu dijadikan rumah percutian dan homestay dengan konsep dekorasi ala luar negara. Namun, di Malaysia agak unik, boleh dikatakan ramai yang membina tiny house ini di kebun-kebun untuk dijadikan port untuk menunggu buah-buahan luruh dikala musim durian.

Perkara tersebut telah dilakukan oleh pasangan ini yang bernama Azurah Sohor. Mereka telah melakukan projek membina tiny house dalam kebun durian miliknya dengan konsep yang cukup cantik dan menarik.

Jom kita lihat proses-proses pembinaan yang dilakukan ini.

Projek Membina Tiny House Dalam Kebun Durian

Alhamdulillah. Rumah kecik kami dalam kebun. Ambil masa 50 hari untuk siap. Tukang dan deco sendiri, suami isteri.

Keluasan 450 sqft, bilik tidur 10x15 dan bilik air 5x5. Kos keseluruhan termasuk Wiring, aircond, perabot & barangan letrik RM25K.

Bahan yang digunakan besi dan cement board (prima).

Kawasan yang ingin dibangunkan tiny house itu.

Kebun Durian

Permulaan proses lapik dan ukur keluasan dahulu.

Projek Membina Tiny House Dalam Kebun Durian

Kemudian, letak tuku atau pelapik tiang dan metal frame. Tuku boleh dapatkan di kedai hardware.

Projek Membina Tiny House Dalam Kebun Durian

Proses memotong metal frame dilakukan oleh suaminya.

Projek Membina Tiny House Dalam Kebun Durian

Konsep seperti ini jarang dilakukan orang. Ianya tak pakai lantai beam konkrit dan tak pakai lantai kayu. Namun, kalau ada yang pernah mengikuti cara orang buat loteng, memang caranya seperti ini.

Kalau nak kuat lagi sebab risau tak berapa kuat, boleh pilih besi lagi tebal tapi harganya memang agak menguji kesabaran ikuti harga barang semasa.

Projek Membina Tiny House Dalam Kebun Durian

Pada bahagian lantai itu guna simen board prima.

Projek Membina Tiny House Dalam Kebun Durian

Pemasangan atap mereka guna besi C chanel dan pakai skru pisau, besi 3 x 1 1/5 1.6mm pakai mig.

Projek Membina Tiny House Dalam Kebun Durian

Atap zink mula dipasang.

Projek Membina Tiny House Dalam Kebun Durian

Pada bahagian dinding mereka guna dinding cement board dengan cara dry construction.

Projek Membina Tiny House Dalam Kebun Durian

Ketebalan lantai cement board ini adalah 10mm.

Projek Membina Tiny House Dalam Kebun Durian

Bahagian luar beliau guna dinding Shera Plank.

Projek Membina Tiny House Dalam Kebun Durian
Tiny House Dalam Kebun

Pada bahagian plug beliau memilih untuk pasang shiplap.

Pada bahagian siling, beliau guna partition board. Manakala bahagian lantai pula, beliau guna vinyl.

Tiny House Dalam Kebun
Tiny House Dalam Kebun

Bahagian ruang tamu setelah selesai di deco.

Tiny House Dalam Kebun
Tiny House Dalam Kebun

Bahagian ruang makan.

Bahagian dapur.

Tiny House Dalam Kebun

Bahagian bilik tidur cukup cantik dan nampak mewah.

Tiny House Dalam Kebun
Tiny House Dalam Kebun

Bahagian bilik air.

Tiny House Dalam Kebun
Tiny House Dalam Kebun

Akhir sekali bahagian ruang laundry tiny house ini.

Tiny House Dalam Kebun

Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Diharap ianya dapat memberi idea dan inspirasi buat semua pembaca dalam membina rumah di kebun masing-masing.

Semoga bermanfaat.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down