Projek Ubahsuai Pagar Biasa Menjadi Pagar Privasi Kayu

22,905 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Dimana-mana sahaja kalau pergi kepada kawasan rumah teres ini sudah semestinya akan ada banyak yang melakukan sebuah projek ubahsuai pagar rumah mereka yang biasa mebjadi sebuah pagar privasi. Kalau modal lebih lagi, pagar privasi tersebut dilakukan dengan menggunakan kayu shera plank.

Seperti yang dilakukan dan dikongsikan oleh uyoi Amylee ini, beliau telah melakukan sedikit pengubahsuaian terhadap pagar lama beliau. Daripada sebuah pagar yang biasa menjadi pagar privasi yang kelihatan seakan-akan kayu yang sebenar. Ingin melihat bagaimana untuk melakukan diy tersebut?

Jom kita melihat bahan-bahan yang diperlukan dan bagaimana proses ini dilakukan oleh Uyoi Amylee ini.

Projek Ubahsuai Pagar Yang Biasa Menjadi Pagar Privasi Kayu Yang Cantik

Kite pon terjebak juge buat DIY gate ni. Thank you pade yg memberi idea. Sangat bermanfaat. Alhamdulilah privacy cikit dan fefeeling pagar kayu la kite.

Shera plank cement board beli dekat FB @suriwong rm14.50/3meter. Minta dia potong kan 2 sebab nak bagi muat masuk kereta. Die cas potong rm1 setiap keping. So jadi 1.5 meter sedang elok kat pagar kite. Beli 10 keping dapat 20 keping selepas potong 2. Ade lebih nanti nak buat untuk side pagar tepi pula. rm155.

Screw & nut beli dekat hardware. Muroh ja dalam rm10 dapat 40 set. Panjang saiz 3 mm sedang elok dah kat pagar kita. Nak drill tu pakai mata besi. kite beli 2 rm18.

Cat beli kat shopee je. Brand nicora woodsheen. Water bronze, code WS150 (mahogany). 320ml rm25. kite beli 2 botoi rm50. 1 botoi cukup 3 lapisan. Depan je. Dapat lah colour yang ni. Naik kan urat kayu dia.

So total hangus untuk gate rm233.

Bahan-Bahan Yang Diperlukan

Proses DIY Pagar Privasi Kayu Ini Dilakukan

Proses dilakukan dengan memasang shera plank terlebih dahulu pada pagar yang lama.

Projek Ubahsuai Pagar Biasa

Dah siap pasang pada bahagian sebelah, kita sambung pula pada bahagian seterusnya.

Tadaaaaa! Siap juga pasang namun diy ini bukan berakhir disini. Masa untuk meletakkan woodsheen pada kayu tersebut.

Projek Ubahsuai Pagar Biasa

Pandangan daripda bahagian dalam rumah. Yang tompok2 tu air karat keluar dari dalam gate tu. Duk tebok tak ada air ujan kot tapi sental hilang.

Nut bertutup abis, pakai maacm ini dulu pon ok.

Beli kat shopee 25 je. Search ja dalam shopee tu nanti keluar mcm2 ade kedai jual.

Woodsheen 1st layer sedang dilakukan.

Gambar dibawah ni pula adalah selepas 2nd layer woodsheen.

Projek Ubahsuai Pagar Biasa

Hasil selepas 3rd layer.

Projek Ubahsuai Pagar Biasa

Nampakkan naik urat kayu tu. Ada feeling la pagar kayu.

Sumber : Uyoi Amylee

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down