Pukau Tetamu Dengan Penggunaan Cermin Yang Bijak

3,999 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Setiap kali kita pergi kerumah kawan kita pasti kita merasa cemburu akan keluasan rumah mereka berbanding rumah kita yang kecil dan sempit ini. Teringin juga nak rumah yang luas. Sebenarnya ada trik untuk membuatkan rumah kita yang sempit itu menjadi seakan-akan luas. Iaitu penggunaan cermin yang betul.

Anda perlu tahu akan terhadap kehebatan cermin yang mampu memanipulasikan visual mata manusia. Hari ini Giler Deco ingin berkongsi akan 5 idea penggunaan cermin yang bijak untuk paparan visual yang menarik. Anda akan tahu macam mana untuk memaksimumkan idea pemasangan cermin dengan cara yang paling unik.

Hanya Menggunakan Cermin Sahaja, Anda Mampu Pukau Tetamu Dengan Penggunaan Cermin Yang Bijak

1. Pasang Cermin Secara Unik

Macam contoh diatas, cermin dipasang kemas pada kabinet tetapi ia bukanlah sekadar cermin biasa. Ia adalah kabinet yang mempunyai cermin dihadapan. Secara tidak langsung, kabinet yang nampak biasa sahaja menjadi kabinet yang unit.

2. Guna Cermin Secara Menyeluruh Diruang Yang Kecil

Memasang cermin diseluruh ruang yang kecil antara kaedah yang terbaik untuk menambah ruang ilusi visual. Ia membuatkan pandangan mata orang lain nampak macam tiada penghujunya di segenap ruang itu.

Penggunaan Cermin

3. Cermin Bersaiz Besar

Selain daripada idea sbelum ini, ia boleh diperhebatkan lagi dengan pertambahan cermin bersaiz besar yang meliputi hampir 65% keluasan dinding dirumah anda. Ianya amat sesuai jika diletakkan di dinding utama ruang rumah anda. Tetamu pasti terpegun apabila melihatnya.

Penggunaan Cermin

4. Cermin Wrap Around

Cermin wrap around ni bermaksud cermin yang dipasang secara berhadapan untuk menghasilkan pantulan yang amat menakjubkan

5. Hiasi Siling Dengan Cermin

Jom kita hiaskan lagi dekorasi dengan menambahkan satu lagi cermin yang betul-betul berada di atas siling. Elok diletakkan di bahagian hallway ataupun didepan pintu masuk. Sudah pasti tetamu akan berasa dan wow apabila melihat cermin tersebut.

Penggunaan Cermin

Itu sahaja perkongsian daripada Giler Deco ini. Ingat!!! Dengan penggunaan cermin yang bijak ini, anda mampu memukau tetamu anda yang datang ker rumah. Semoga artikel ini dapat memberikan anda sedikit tips dan manfaat kepada anda semua.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down