Dekorasi dan ubahsuai seringkali dilakukan hanya pada kediaman dalaman sahaja. Namun, selain dari bahagian yang difokuskan tersebut, terdapat beberapa lagi ruang yang perlu dicantikkan supaya bahagian luar dan dalaman rumah kelihatan kekal cantik dan menarik.
Itulah yang dilakukan oleh wanita ini yang bernama Taty Haefa. Beliau telah memilih pecahkan bahagian dinding ruang tamu asal untuk di extend semula bagi menghasilkan perubahan yang menarik pada bahagian halaman dan tepi rumahnya itu.
Jadi, untuk mengetahui dengan lebih lanjut, jom sama-sama kita ikuti di bawah ini.
Alhamdulillah. Siap renovation sepenuhnya dalam 9 bulan jugalah.
Hari tu ramai yang tanya, nak tengok selepas siap. Kes terjebak dengan papan shera, jadi saya kongsikan dekat sini. Cuma adalah make up lagi sikit supaya lebih kemas.
Terima kasih kepada semua tukang-tukang hebat saya.
Haza min fadhli rabbi. Home sweet home.
Bahagian hadapan semasa ubahsuai dan penyelenggaraan dilakukan. Pada bahagian celah-celah tepi kiri dan kanan bendul itu tutup dengan silikon supaya tak masuk binatang-binatang kecil buat sarang.
Gambar ketika ubahsuai sedang dilakukan.
Bahagian halaman rumah selepas diubahsuai. Tema dan konsep rumah ini adalah hitam dan putih dengan menggunakan cat Jotun. Cuma yang hitam itu bukan hitam sebenarnya tetapi dark grey jenama Jota Shield Carbon black. Kodnya adalah 9920.
Selepas runtuhan dinding asal ruang tamu, beliau memilih untuk melakukan extend pada bahagian tepi tersebut.
Ruang tamu asal sebelum dipecahkan.
Disebabkan terjebak juga dengan penggunaan papan viral iaitu Shera plank, beliau memilih untuk memasang pada keseluruhan bahagian luar rumahnya itu. Size papan tersebut 12 kaki x 9 inci. Kemudian, kita selisihkan dalam 1 ini guna papan plain/kosong.
Cara pemasangan yang dilakukan oleh tukang ini adalah dengan menggunakan paku simen sahaja. Paku bahagian atas pada bahagian selisih itu supaya tak nampak paku. Kalau ada yang ternampak juga, boleh tutup dengan menggunakan filler.
Bahagian tepi dan belakang dapur selepas diubahsuai.
Kalimah Allah dan bunga lavender rose penyambut jiwa sebelum masuk rumah.
Bahagian tepi sebelum diubahsuai.
Bahagian ini baru siap dijadikan taman mini dengan menggunakan pokok bunga Vinca. Senang jaga katanya dan selalu berbunga bagai hati semasa jatuh cinta pandang pertama.
Setakat itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Semoga ianya bermanfaat buat semua pembaca di luar sana. Selamat mendeco.